Thursday, July 21, 2011

129

mata dah mengantuk,
cuma ad sesuatu bermain diminda saya..
tadi terfikir kalau lah saya
punya kereta
punya wajah yang cantik
punya pengaruh yang luas
punya DSLR yang hebat
punya... segalanya yg mengujakan mata2 itu
pasti saya punya kawan2 yang happening seperti mereka
sedih tau kadang2, bila
rasa perasaan tersisih
rasa merah muka, malu bila apa nk diluahkan tidak didengari
rasa masa yang tidak dapat diluangkan bersama
rasa kesedihan yang tidak punya tempat untuk diluah
rasa kegembiraa yang menimbulkan iri
aduhai.. hati, kenapa begini?
adilkah dunia meletakkan saya ditempat saya?
apa yang saya ada?
hanya rupa yang tak berapa nak ada
hanya hati yang ikhlas
hanya kesetiaan yang tak berbelah bagi
hanya tekad untuk membahagiakan semua kawan2 dan sahabat yg ada
saya syukur, kerana apa yang saya ada kini,
datang pada saya kerana saya punya semua yang 'hanya' itu...
kerana setiap yang mereka 'punya' tidak akan sentiasa menjadi mereka 'punya'..
dan saya harap, apa yang saya rasa itu tidak hanya sementara...
syukur atas apa yang saya rasa kini... alhamdulillah..

No comments: