Showing posts with label perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label perkahwinan. Show all posts

Saturday, September 5, 2015

My Wedding day

ok its nearly 9 bulan nikah, baru nak buat post sangat tak adil. but why not kan. untuk rujukan dan layan sengih2 bila baca semula duatiga tahun akan datang.

Alhamdulillah Mohd Akmal and Nuruljannah dah selamat di ijabkabul kan pada malam 13/12/14
and esok nya berlangsung majlis resepsi (hah katekau resepsi la sangat) di rumah keluarga Pak Badrul. Flat Loji Air yang sebelah empangan tu. majlis ok la tak mewah sangat, but achieve target kami nak meriah havoc. Sape decide tak nak datang tu xkisah la. yang sudi datang, ucapan ribuan terima kasih kami ucapkan sudi sama2 meraikan hari bahagia kami.


Pelamin kami DIY sendiri, baju nikah pun direka khas untuk pakai semula Raya Aidilfitri 2015 (and dah selamat pakai dah dik non, nah bawah ni gambar Aidilfitri 2015 kami)


owh ya, aku dah membuyong Adilfitri 2015 ya (hah tu next post kite story la) alhamdulillah budget untuk wedding tak la burst meletop. within budget, tercapat target. tu yg penting. makanan cukup and semua org cakap sedap. walaupun macam2 dugaan sebelum majlis, tukang masak katering kami meninggal dunia dua minggu sebelum majlis, Arwah CIkzai tu kawan baik abah plak tu. Semoga Arwah ditempatkan bersama kekasih allah. 

Ni la gambar Keluarga aku yang meletoppp.. alhamdulillah bertambah hero dalam rumah abah, aku siap bagi abg ipar paling best untuk adk bujang aku tu. now diorng dah jadi kawan baik kongsi semuanya. kadang endup aku yg kna sisih. whatever, i still the princess dalam umah tu. 


 Yang ni pulak Keluarga Mertua aku. hah besoo lagi kan, almaklum 6 beradik, campur biras, anak sedara 5 org hero semuanya. yang baju hitam tu single lagi, tapi mcm dah tak available.sorry. yang kecik sebelah adk bongsu kami tu bukan girlfriend dia eh, tu adik kepada biras aku. hehe.


Yang ni org penting majlis aku, kalau diorng ni takde, hancur musnah la mood pengantin baru aku. as u all can see, masing2 sibuk dengan Handbag gucci, prada, LV masing2 so xde gambar yg sempurna. Ade gak ahli yg tak dapat join, so tak cukup la 10 ahli havoc dalam ni. Abg Habib pun dah kena hangkut dengan abi dia, so xde dalam gambar. korang mesti pelik kenapa biras aku sorang tu nyibuk nak bergambar dengan kawan aku kan. al kisah, aku kawen dengan adik suami dia. so my BFF is my biras. 

rasanya kalau nak cerita pasal wedding day aku, tak kan muat blog ni. banyak kenangan manis. atas bantuan jiran2 yang aku xtahu nk berterima kasih cmne dgn diorang. merewang dari beberapa hari sebelum majlis. kalau takde mereka, ntah tak tahu jadi ape majlis aku. tak kurang jugak drama2 swasta yang jadi, yg tu tak heran la, aku anggap mcm langgau kat tahik je. yang penting aku dah selamat jadi bini Mohd Akmal. 



Saturday, July 28, 2012

Gubahan Sireh Junjung

cantiknya sirih junjung dia..
credit to HikayatCinta

meh belajar sejarah sirih junjung jap.. 
setiap yg ada ni punya yg tersurat dan tersirat. 
kita hidup, kna gak belajar adat2 ni kn~

SIRIH junjung wajib ada dalam hantaran pertunangan mahupun perkahwinan masyarakat Melayu kerana ia ibarat 'penghulu' segala hantaran. Mengikut cerita orang dahulu, sirih junjung dan bahan-bahan yang digunakan membawa maksud tersirat kepada kehidupan suami isteri yang baru hendak bermula. Sirih yang disusun perlu ganjil dan menggunakan daun sirih segar sebagai bahan utamanya selain bahan lain seperti kapur, gambir dan buah pinang. Bagi pihak lelaki, sirih junjung hendaklah lebih tinggi sedikit daripada perempuan untuk menunjukkan bahawa peranan dan tanggungjawab lelaki sebagai ketua keluarga. sirih junjung juga telah dimodenkan dengan penggunaan pelbagai bahan tambahan seperti bungaan-bungaan dan rempah ratus. Selain barang-barang utama, penggunaa bunga mawar, kekwa, juga boleh menjadikan sirih junjung nampak lebih cantik dan menarik. - UTUSAN Malaysia keluaran 28/03/2012


Pelamin buat sendiri




platform tu xmau, kerusi nak tukar sofa 2seat..






rekaan langsir dia cantik.. warna kena la consider warna lain..