Rasanya dah begitu lambat nak menulis pasal pengalaman 1st trimester. tapi tulis jela, buat memory. and seperti mama2 yg mengandung lain, kebiasaannya sangat excited nak menulis. aku pulak, kena penyakit malas sejak mengandung (eh bukan before ngandung pun malas nak blogging ke eheeee)
Al-kisah, aku memang TTC lama dah. xla lama sangat tapi sejak lepas akad nikah tu memang decide, at soonest kena conceive. aku dah suami dah late 20. so go for 1st baby sangat la perlu. kang bile pulak nak 2nd baby kan. klo blh nak gap 2-3 tahun. hal anak ni memang kena discuss dengan suami la, atas persetujuan dua pihak, baru la blh execute plan TTC tu kan.
Pada siapa yang tahu, year 2014 sangat mencabar bagi aku. setiap Rabu, busy dengan kelas part time. sampai la sebulan lepas nikah pun suami kena tinggal, aku balik malam lepas kelas sampai rumah around 10pm gitu. soo memang life sangatlah tak stable 2 bulan lepas nikah tu. Alhamdulillah aku lulus dengan jayanya, Feb2015 dah takpayah g kelas malam.. aku decide nak guna Ovulation Predictor Kits untuk kenal badan aku sendiri. pada yang TTC memang bagus la guna test strip ni. dia akan show bila tarikh yang kita betul2 ovulation(yg ni kena study skit la nak guna OPK tu cmne k). so ade matlamat la kan target bila. jangan membabi buta je. ehehehe. ok back to cerita Pregnancy aku.
Week 2: aku siap pegi site untuk Product Quality Awareness Training. berpanas, bersafety boot berat. cuma memang masa tu rasa weak gile. rasa mcm kencing tak lawas, asyik rasa nak kencing, mana nak cari toilet kat tengah2 site tu. gile. rasa mcm bloated gile. masa training ni, batch mate aku semua mcm tertanya2 kenapa, kenapa aku nampak mcm tak sihat. inai masih merah dijari wei. and aku jawab "I think I'm pregnant" wahhhh geng-geng ni la paling excited. sampai sekarang bila aku dah sarat pun mereka excited, ade siap perasan nak jadi mama angkat baby aku. layannn... (masa ni tak buat UPT lagi.)
The Result Day: kisahnya, masa 31/1/15 aku ade buat program gotong-royong kat tempat keje, hidung ni rasa gatal gile, mudah sangat terbau bau badan org lain. serious nak pengsan. dlm otak fikir 'eh aku pregnant ke? ala takde mood nak buat UPT. tapi sebabkan esoknya aku nak terbang ke Sabah for our honeymoon, decide buat la UPT. sekali positif kauuuu... terkezut makk.. test tengahari buta, terang berderang positifnya. ok so Honeymoon trip aku xle la ade lagak ngeri ber parachuting bagai. aktiviti laut pun dah kena sekat dengan suami aku. hah TTC sangat kan. rasakan Jannah. hehe. (masa ni aku dah masuk Week 4)
Start buat buku 8/2/15 at 5th week: aku dah dapat Green sticker kat buku Rekod Kesihatan Ibu Mengandung tu. sebab ad risiko Primid, and BMI atas pagar nak ke tinggi 69kg kau berat aku msa tu. dasar pengantin gemok. lepas majlis memang makan tak sukat punya. so dapat la pakej 3 kali kena minum air gula MGTT sepanjang tempoh pregnancy. Aku decide nak follow je procedure Klinik Kesihatan, sebab working hour office aku kan Isnin- Jumaat. so boleh la Ahad tu pegi Check-up kat KK. bila ad appt doctor baru amik halfday cuti. bersalin pun decide pg jela Sepital Kerajaan, ukur baju dibadan sendiri, klo ikot hati nak je aladiva pg swasta, tp duit banyak tu blh buat menda lain la, xmo bebankan suami. mungkin suatu hari nanti ade rezeki anak ke berapa ntah, bersalin hospital swasta. Actually Klinik swasta pun aku pg untuk checkup, sebab company pun blh claim. tiap2 bulan kau dapat scan. hehe. 1st Scan Baby AkmalJannahJr 10/3/2015 masa week 8-9 gitu. alhamdulillah baby sihat, mama sihat.
dan selepas scan, bermula la episod Mabuk semabuk-mabuknya.. ade selera makan, tapi 100% masuk, rasanya 95% keluar balik. wallahhhhh... sambung cite nanti la Trimester ke-2...
No comments:
Post a Comment