Ramai yg tertanya2 mama akan beranak kat gov ke swasta kann.. sj je mama membakor jiwa korg bg tertanya2. We got our own reason kenapa masih nk pg gov hospital. Sedia maklum, 1st 5 years rumahtangga, bertatih2 bina hidup. Mampu tapi tak mau la spent semua untuk 3D2N or 2D1N punya business kan. Beranak bukan perkara simple. Bnyk cost yg perlu dipertimbangkan. Let me share some keperluan yg pada mama perlu ambil berat selepas beranak. Doa la dimurahkan rezeki baby No.3 and No.4 onward abah mama murah rezeki boleh pg swasta.
1)Hospital charges bersalin di Hospital Sultan Ismail:
Check-in time: 2am 13/01/2019
Check-out time: 2pm 13/01/2019
Bed 3rd class - RM3
O&G procedure for mama - RM35
Lab charge for baby - RM16
Total - RM54
2)Confinement lady charges- tukang urut ka bahasa kampung nya. Ekelehhh.. 😜
Day 1-3 - RM130 X 3days
Mid - RM100
End - RM250
Total - RM740
3)Lauk berpantang, abah keje shift so kami decide mintk org lain uruskan la bab mkn berpantang ni. Mama mmg sedia malas and tak reti masak. Takut salah makan merana berpanjangan. Even kalau tak mintk org lain masak pun, for good food we need to spent some money untuk beli bahan mentah kan.
Total spent setakat ni - RM490
4)Aqiqah Anggun - RM2000+-
5)Insurance policy (startup charges) - RM400+-
** To new mom and dad out there. Meh nk pesan. Zaman dulu kata tepuk dada tanya selera, zaman skrng tak lagi. Tepuk poket, tanya budget, tepuk kepala tanya otak. Tipula mama bukan tak teringin ke swasta. Tapi! Jgn smpai bergadai berhutang semata2 nk follow trend. Seronok check-in location. Kita kena pandai manage and justify mana perlu didahulu kan? Mana penting? Mana membazir? Mana boleh tangguh? Mana yg tak perlu langsung. For me. Sakit nya sama. Epidural? Beranak without drugs lagi best woi. Recovery lagi penting.
** ada kata nak swasta sbb nk doctor perempuan. Yes! go for it. Kumpul dr awal. Tp kalau pg swasta tak patuh syariah, doctor lelaki jugak. Hmm.. bazir rasanya. Di johor hospital kerajaan masih blh menampung kepadatan penduduknya yg nk beranak. HSI pun dh 2 kali mama dapat doctor perempuan cantik manis. Syukur alhamdulillah. Doa. Doa. Doa. Dr awal.
**Just sharing. No heart feelings ya. Chill. Kbai.
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Thursday, January 24, 2019
Saturday, January 19, 2019
Kisah Kelahiran Nadhra
Kisah nya bermula...
12/01/2019 Sabtu:
10.00am- Mama and Nayla dh tercongok kat Jusco Tebrau. Polish kereta, tgk wayang, shopping
2.00pm- pg Ikea, tp kete tgl kat Jusco, sbb xsiap polish lagi.
5.00pm- patah balik Jusco melayan mimi and Pak Bad shopping winter jacket untuk pg US
8.00pm- drive sendiri balik rumah
9.30pm- melepak dgn Jiran Kedidi 12
10.50pm- contraction start gap 45-40 minit. Rasa mcm nk sambung tido, esok jela pg hospital. tp xblh.
13/01/2019 Ahad:
1.00am- drop Nayla kat rumah Acu Ajid, then gerak pg Hospital Sultan Ismail
1.30am- bukaan dh 4.5cm, labor room penuh so kt lyn contraction kat bilik saringan je. Mama mcm blur2. Serious ke nk beranak dh ni. Sbb keje kat office mcm blom settle, amanat mcm blom abes handover.
2.30am- contraction dh gap 4-3 minit. Check bukaan dh 6cm, masih layan contraction di bilik saringan. Syok jugak sbb masih blh jalan/tonggeng/cangkung. Compare msa Nayla kna paksa baringgg je xblh bangun. Cuma abah xle masuk lg. syukur masih ade nurse/doctor yg supportive. Tanya "puan ok?sabar ye puan kt tgh tunggu labor room" sibuk call sini sana push bg clear labor room. Tak kurang jugak Nurse yg poyo "puan beranak ni simple je tak payah gelabah sgt. Sakit sikit je" #EwahMakcik #KentutDalamRibut kau cuba la contraction sambil muntah mcmana rasa. Aku muntahkan baju ko baru tahu.
3.30am- contraction dh tak tertahan lg. nurse check bukaan dh 9cm- 9.5cm, trus kena tolak pg labor room. "Almost Full!! Almost!! Doctor standby!!" Kelentang kelentung doctor gelabah buka semua alat dia. Aku yg lg relax dr doctor tu. siap ckp "relax doctor, next contraction akan dtng another 4 minute. Kt ada masa lg standby" Al-kisah Nurse pun xsempat panggilkan 'Suami Nuruljannah!!'
3.56am- maka Lahirlah Puteri Ke-2 kami. Anggun Nadhra binti Mohd Akmal.
4.00am- Melayan doctor buat report, jahit sikit2. Kali ni mmg segar berbanding bersalin anak pertama. Siap borak dgn doctor, beralih katil sendiri. Acah la kau sbb dh kali ke-2 kan. Ade pengalaman. Msa Nayla dulu nanges2.
6.00am- baru kena tolak pg wad. Abah kat depan bilik saringan terpinga2 eh dh beranak ke. 😅
3.00pm- discharged dari HSI
Bagi new mommy yg nk beranak, pesanan penaja:
1. penting nya maintain HB and jaga kesihatan and stamina sepanjng kehamilan. Msa hari beranak tu baru rse berbaloi nya. Makan la segala ubat doctor, vitamin, spirulina.
2. Download apps kiraan contraction incase 'Labor sign' anda adalah contraction. Kena belajar la gap berapa minit, panjang contraction tu berapa lama. And in my case, dr start contraction nak ke 5-5minit tu dekat. And duration dia consistent 60-80sec
3. Jgn pandang remeh sakit contraction. Mama hrtu naseb tak berdegil nk sambung tido. Klo tak, adik Nayla lahir kat Jln Kedidi, Tmn Scientex.
4. Dugaan apa pun kat hospital, maintain cool and polite. Tak usah bawa bergaduh dgn nurse and doctor. Bazir je. Kite pun buka retis mcm LR #eh yg nk viral2 tu.
5. sibuk mcmana pun keje, diri sendiri kena diutamakan. Actually mama ade terfikir2 nak Unpaid Leave awal. Tp niat tertangguh2. Eh nanti la. Eh keje ni xsiap lg la. Nasib adik lahir ngam2 week 38. Kalau mama lasak sikit lg mmg blh awal lg beranak. Minggu terakhir tu mmg masih panjat tangga susun document. Alasan? Xnk susahkn org time kt cuti nanti. Alah bila fikir blk. Ade org kisah? Jd apa2 kat kita paling tak pun org akn ckp "kesian.." then move-on. So next pregnancy? Bolayan.. nk cuti2 ye cuti je terus. Lantakkkooo
Akhir sekali. Atas apa pengalaman ni. Syukur atas kurniaan Allah, dipermudahkan segala urusan. Di anugerahkan kekuatan menempuh segalanya dgn penuh bertenaga. Sesungguhnya setiap anak itu jalan cerita dan rezekinya berbeza.
Jumpa lg kat post next baby. #Eh #SerikSambalBelacan #MisiAdikBoy
12/01/2019 Sabtu:
10.00am- Mama and Nayla dh tercongok kat Jusco Tebrau. Polish kereta, tgk wayang, shopping
2.00pm- pg Ikea, tp kete tgl kat Jusco, sbb xsiap polish lagi.
5.00pm- patah balik Jusco melayan mimi and Pak Bad shopping winter jacket untuk pg US
8.00pm- drive sendiri balik rumah
9.30pm- melepak dgn Jiran Kedidi 12
10.50pm- contraction start gap 45-40 minit. Rasa mcm nk sambung tido, esok jela pg hospital. tp xblh.
13/01/2019 Ahad:
1.00am- drop Nayla kat rumah Acu Ajid, then gerak pg Hospital Sultan Ismail
1.30am- bukaan dh 4.5cm, labor room penuh so kt lyn contraction kat bilik saringan je. Mama mcm blur2. Serious ke nk beranak dh ni. Sbb keje kat office mcm blom settle, amanat mcm blom abes handover.
2.30am- contraction dh gap 4-3 minit. Check bukaan dh 6cm, masih layan contraction di bilik saringan. Syok jugak sbb masih blh jalan/tonggeng/cangkung. Compare msa Nayla kna paksa baringgg je xblh bangun. Cuma abah xle masuk lg. syukur masih ade nurse/doctor yg supportive. Tanya "puan ok?sabar ye puan kt tgh tunggu labor room" sibuk call sini sana push bg clear labor room. Tak kurang jugak Nurse yg poyo "puan beranak ni simple je tak payah gelabah sgt. Sakit sikit je" #EwahMakcik #KentutDalamRibut kau cuba la contraction sambil muntah mcmana rasa. Aku muntahkan baju ko baru tahu.
3.30am- contraction dh tak tertahan lg. nurse check bukaan dh 9cm- 9.5cm, trus kena tolak pg labor room. "Almost Full!! Almost!! Doctor standby!!" Kelentang kelentung doctor gelabah buka semua alat dia. Aku yg lg relax dr doctor tu. siap ckp "relax doctor, next contraction akan dtng another 4 minute. Kt ada masa lg standby" Al-kisah Nurse pun xsempat panggilkan 'Suami Nuruljannah!!'
3.56am- maka Lahirlah Puteri Ke-2 kami. Anggun Nadhra binti Mohd Akmal.
4.00am- Melayan doctor buat report, jahit sikit2. Kali ni mmg segar berbanding bersalin anak pertama. Siap borak dgn doctor, beralih katil sendiri. Acah la kau sbb dh kali ke-2 kan. Ade pengalaman. Msa Nayla dulu nanges2.
6.00am- baru kena tolak pg wad. Abah kat depan bilik saringan terpinga2 eh dh beranak ke. 😅
3.00pm- discharged dari HSI
Bagi new mommy yg nk beranak, pesanan penaja:
1. penting nya maintain HB and jaga kesihatan and stamina sepanjng kehamilan. Msa hari beranak tu baru rse berbaloi nya. Makan la segala ubat doctor, vitamin, spirulina.
2. Download apps kiraan contraction incase 'Labor sign' anda adalah contraction. Kena belajar la gap berapa minit, panjang contraction tu berapa lama. And in my case, dr start contraction nak ke 5-5minit tu dekat. And duration dia consistent 60-80sec
3. Jgn pandang remeh sakit contraction. Mama hrtu naseb tak berdegil nk sambung tido. Klo tak, adik Nayla lahir kat Jln Kedidi, Tmn Scientex.
4. Dugaan apa pun kat hospital, maintain cool and polite. Tak usah bawa bergaduh dgn nurse and doctor. Bazir je. Kite pun buka retis mcm LR #eh yg nk viral2 tu.
5. sibuk mcmana pun keje, diri sendiri kena diutamakan. Actually mama ade terfikir2 nak Unpaid Leave awal. Tp niat tertangguh2. Eh nanti la. Eh keje ni xsiap lg la. Nasib adik lahir ngam2 week 38. Kalau mama lasak sikit lg mmg blh awal lg beranak. Minggu terakhir tu mmg masih panjat tangga susun document. Alasan? Xnk susahkn org time kt cuti nanti. Alah bila fikir blk. Ade org kisah? Jd apa2 kat kita paling tak pun org akn ckp "kesian.." then move-on. So next pregnancy? Bolayan.. nk cuti2 ye cuti je terus. Lantakkkooo
Akhir sekali. Atas apa pengalaman ni. Syukur atas kurniaan Allah, dipermudahkan segala urusan. Di anugerahkan kekuatan menempuh segalanya dgn penuh bertenaga. Sesungguhnya setiap anak itu jalan cerita dan rezekinya berbeza.
Jumpa lg kat post next baby. #Eh #SerikSambalBelacan #MisiAdikBoy
Friday, October 23, 2015
Ragam melahirkan dan berpantang 100hari
Aku rasa terpanggil untuk share semua ni. Bagi yang penah rasa melahirkan, fikir tips aku bg ni remeh jela kan. Tp rasanya sangat penting untuk bakal ibu yg pertama kali untuk tahu. And ade gak yg aku terlepas xbuat, 2nd pregnancy nanti (#ewah) aku nak baca balik buat peringatan. Nak follow? Tak mahu? Up to you.
Persediaan sebelum bersalin:
Dlm tempoh 9bulan mengandung tu bnyk kan membaca, timba ilmu betul2. Selain dr bertawakal dgn ketentuan Allah, kita juga perlu usaha, dan berdoa. Doa pulak, jgn doa untuk diri sendiri je. Seriously power of doa. Ada kenalan aku ajar, sedekahkan Al-Fatihah buat semua nurse, semua doctor yg bakal menguruskan kita. Semoga ketika itu, hati mereka lembut lapang, senang je nak menguruskan kita. Insyaallah dipermudahkan segala urusan, dapat doctor perempuan, nurse pun elok2 je tak mengentan. Diri kita pun,jgn la diva sangat kat labour room tu. Kita behave, nurse/doctor pun happy. Cewah~~
Tudung di labour room/wad:
Aku rasa, better standby la tudung yg selesa 2-3helai, tak perlu pakai brooch. Bahaya wei, masa ko tgh teran2 tu, dagu kedada bagai, pastu dagu kena brooch sakit woo.. Klo xnk nampak selekeh, tudung ade awning sooo a big NO.. Nanti dh melorot2 kedepan hudoh gilos. Hehe. Time aku haritu, Dr.Syazana siap suruh bukak, dia jamin mmg xde lelaki masuk territory dia. Tp aku standby jela sebelah kepala. Kat wad pun, pakai la tudung yg selesa. Even wad semua perempuan. Xjamin. Kadang ade je lelaki masuk. Kalau anak tgh menyusu, blh la jadi nursing cover.
Hospital bag for mama:
Rasanya tak perlu bawa persalinan terlalu banyak. Kalau HSI, dia sediakan baju pink(uniform wad) unlimited. Tibai jela pakai, masa dlm wad memang tak fikir psl imej bagai la. Semua org pakai baju yg sama. So 1persalinan je diperlukan masa nak discharge tu. Ha underwear tu semua bawak la banyak k. Hospital tak supply.hehe~
Hospital bag for baby:
Hah tang baby punya, kena asing beg dengan baby ya. Mana la tahu(mintk dijauhkan) baby kena tahan wad, so beg baby tinggal,beg mama bawa pulang. Make sure tisu basah bawa, 1st night baby berak like nobody business. Aku msa kat wad hrtu mcm lumba dgn jiran katil sebelah, kejap anak aku berak. Kejap anak dia berak. Pastu jiran katil depan tak bawak tisu basah, satu hal pulak aku dgn dia main pas2 tisu basah mcm lumba lari berganti2. Wei bawah tu koyak kot. Feeling dia neraka abes turun naik katil sepital tu.
Baby attire untuk labour room:
Aku dapat tips ni dari sorang sahabat. Sediakan 1persalinan untuk baby dlm 1plastik. Bedung, Baju, pampers, topi(kalau nak anak pkai topi la), selimut untk balut baby lg bagi hangat. Yela baby baru kuar dr oven. Nurse dah mandikan, kena la ade baju. Ko saje cari pasal kalau bawak 1 beg beso pg labour room. Kesian suami time gelabah2 tu nak kuar kan satu2 barang dr beg besar nak bg nurse 'baby attire for labour room' tu kan. So masuk plastik siap2 pakai marker. Lagi bagus ko label B/O contoh 'B/O Nuruljannah Badrul Hisham' (bawah ade gambar) Masa aku serahkan plastik tu pd nurse kat labour room, nurse tu cakap "wah senang keje saya. Kalau tak, saya pulak kena korek beg patient. Suami gelabah mana tahu mana satu bedung" . Failed to do so, akan menyebabkan anak korg kena pkai baju sepital. Alahai kesian. Lain la klo kes dtng dah bukaan penuh,laki tgh park kereta, baby dah kuar. Hehehe (kes Abil ni).
Bawa bekal roti/air milo:
Ni Abil selalu bising kat aku before beranak dulu. Bawak bekal mknan wei.. Lepas beranak lapo giloss.. Aku degil tak beli siap2 before bersalin. Dah la lepas beranak tu menunggu pulak abah Nayla g beli. Wei lapo tak tertahan. Seriously..
Spray untuk ubat kuning:
Semua sedia maklum. Kalau bersalin normal, bawah tu sure luka (luka ke? Ah xle nk describe what happen down there) soo.. Ubat kuning memang la jadi sahabat sejati sepanjang healing proses tu. Ade yg ajar. Curah ubat kuning tu kat pad, then pakai. For me, bazir. Bukan pad yg luka. Tempat lain luka, tempat lain dicurah. Amalan syaitan ni membazir. Kalau doctor ajar, curah je ubat kuning tu ditempat berkenaan. Klo time baring kat labour room tu boleh la kan. Ni kat bilik air umah ko xkn nak baring. Gilos. So ni tips dari nurse KK aku ajar. Beli spray(rujuk gambar bawah ni)
rasa kat daiso ke kedai accessories makeup ade jual. So lepas mandi, make sure lap kering, then sambil berdiri tu blh spray tempat berkenaan. Semoga luka cepat baik insyaallah. JANGAN sesekali pakai dettol la kt tempat tu. konon nk super bersih bagai. Bahaya okey. Benang kalau dh tertetas, hazab nk jahit balik. kau jelulur la sendiri.
Jangan budget diva tak berpantang:
Param,pilis, stokin,bengkung tu pakai la accordingly. normal ke czer, pantang jugak. Kena ade ilmu la sebelum bersalin. Ade je bengkung untk org czer. Aku rse zaman moden ni, yg traditional tu follow gak la. Yg ni aku xnk comment lebih2, berpantang bkn hanya nk kurus semata. Tp untk jg dalaman urat2 kite. Makcik tukang urut aku ckp. "kalau kt tak jg diri kita sendiri, sape lagi nak hiraukan kita" ok tersyahdu pulak. Memang betul, kt sakit xde sape heran. Hazabb la kau tanggung sendiri.
Rasanya setakat ni jela untuk hari ni. Esok kalau terlintas lagi, aku tulis lagi. Time berpantang ni banyak la blog post blh karang.. Hehe.. Stay tuned...
Thursday, October 22, 2015
Kisah Kelahiran Nayla
Sebelum aku terlupa,baiklah ditulis kisah kelahiran Nayla. Lgpun ramai yg bertanya, mcmana Jannah bersalin. Lenguh jugak pipi nak bercerita (walaupun aku jenis suka bercakap penat jugak kan) so now dah mula tulis, boleh la bg link blog post n suruh mereka baca sendiri. Hahaha.
Rasanya kisah kelahiran ni bermula bila aku dh due 27/9/15 (EDD ikut perkiraan 1st day previous period aku which is 20/12/14) and doctor KK dah arahkan untuk aku 'check-in' 3/10/15 if xde rasa nk bersalin lg.
28/09/2015 1.37pagi
Ada bleeding. And yg sangat banyak. Rasa mcm kes pembunuhan wei. Meleleh2 and suami pun kena tempias. Malam tu semua kawan2 kt kite2aje paksa suruh pg sepital. Aku dok google2,kalau xde contraction xpecah air ketuban, boleh tahan lg ni. Fyi. Aku xde rasa sakit. Tgk suami dh tido lena, kesian pulak nk ajak ke hospital. So decide esok pagi la pg.
28/09/2015 6.45pagi
kami gerak ke HSI. Smpai bilik saringan, doctor check bukaan(VE) baru 2cm. Dia advice suruh balik, rehat kt rumah. Alasan? Kesian klo hold aku dlm wad nanti xmakan, lagi lambat bersalin. (statement ni mmg aku 'apakah' sgt) so balik la. Kitorng siap pg Jusco dulu, dgn alasan bg cepat bukaan rahim. Sejak hari tu, bermula la episode menunggu hari, aku cuti. Duduk rumah 'berehat'.. Doctor ubah tarikh last 7/10/15 kalau masih xberanak kena serah diri untuk induce. Dan bermula lah penguatkuasaan kuasa veto suami. Tak bagi aku pg keje. Kunci kete kena sita. Xblh drive uolls. Ambil lah segala AL atau UPL, duduk la aku kt rumah, melepak. Cukup masa boring, abes semua Tesco, Jusco, Giant, Mydin, Econsave aku pg ukur. Bobok, Bad, Ummi n nenek Althea la rajin melayan aku bwk kesana kemari.
2/10/2015
Ntah kenapa, ramai betul call, whatsApp tanya bila nk beranak. KakYatie n kakSuhana (officemate aku) siap call ugut, knape dh lama bleeding tp duduk rumah lg tak mau pg HSA. Siap ckp, kalau isnin masih xberanak, dia nk dtng jemput aku kat rumah paksa pg sepital. Takot makk~. Then, MIL call tanya khabar, "apesal babynya lama sangat make-up dlm perut tu tak mahu keluar." Nak buat cmne,kalau serah diri kat sepital pun, tak rasa contraction, Braxton Hicks pekejadah semua tak rasa. Kang pg HSA kna halau balik gak malu je. Hehe. My cousin, Faris siap nekad beli tiket flight balik JB alasan? Nk lepak last before aku bersalin, n dia pun nk kawen dh so dtng melepak ala2 bujang gitu. Siap ckp mudah2an dia balik, baby nak keluar (masin mulot kau). Smpai penghujung hari, bersambung la aktiviti 'menunggu' baby keluar.. Tido cm biase xrasa sakit.
3/10/2015 7.40pagi
Kisah bermula aku keluar bilik pg dapur nak buat air. Yela kt rumah ad tetamu, niatnya nk plan la ape nk buat hari ni. Mana la tahu nk pg JPO ke, tgk wayang ke. Melayankan Faris menghabiskan sisa2 bujang dia and aku habiskan sisa2 sebelum dapat title 'mama'. Tiba2 keluar je balconi rumah, basah kain aku. Eh. Rasa baru je kencig tadi, xkn la TERkencing kot.. Tp serious rasa mcm kencing yg tak boleh control. Faris dgn slumber inspect air yg kt lantai, confirm bkn urine. Sah air ketuban aku dh pecah. Eh tapi knape tak rasa sakit langsung ni. Risau wei. So aku kejut suami, siap2 mandi, sarapan nasi lemak ayam goreng, gerak pg HSI. Faris n Akid siap ikot(anak aku mmg pg memana org ascot wei)
3/10/2015 9.40pagi
Sampai HSI, aku xnk diorng main drop2 kt bilik saringan, parking kete, aku gigih nk jalan dr carpark. Sebenarnya nervous tak rasa sakit. Sampai bilik saringan, doctor
Buat cough test untk check pooling air ketuban tu betul ke dh bocor/pecah. Bila VE? Dah 3cm. Ok! Kena sorong pg labour room. Fyi,aku xrasa sakit lg. Dlm otak dok fikir 'Mcmana nk beranak ni xsakit. Kang dh masuk dlm kna balik pulak wt malu je'
3/10/2015 11.00pagi
Baring la aku kat labour room tu. Alhamdulillah dapat doctor perempuan (dia lone ranger je wei jg 1 bilik tu) Dr.Syazana nama dia. Cute~ Doctor pasang CTG untk heartbeat baby n monitor contraction , eh tiba2 dah rasa contraction. Drama uolls~ aku awal2 dah tanya doctor "ape perancangan doctor terhadap sy?" yeee aku poyo. Tp aku jenis nak tahu ape plan, supaya xbodoh2 tunggu. So Dr.Syazana tu ala2 present la kt aku. doctor cucuk drip untk bg aku tenaga n Pitocin (Oxytocin Injection) untuk cepatkan bukaan pintu rahim. Next VE lebih kurang 4ptg. Doctor target aku bersalin 5~7ptg cmtu. Sbb average bukaan 1cm=1jam. Lepas 7ptg dia akan refer aku untk czer coz air ketuban memang dah kosong takut baby lemas. So aku faham la plan dia cmne. Siap warning baby kau~ "nakk, dah tiba masanya keluar, pintu keluar kat sini ya(sambil tunjuk tempat yg sepatutnya) jangan lambat2 nanti perut mama kena belah,kesian mama". Dr.Syazana sangat baik,siap suruh aku tido dulu, haus blh minum air. Bermula la episode melayan contraction, aku smpai shaking gegar katil wei tiap kali contraction dtng. Doctor kesian, siap bagi pain killer cucuk kat punggung. Ubat tu buat aku lalok ngantuk. Aku tido like nobody business okey~ time contraction mesti tersedar mcm kena sawan sakit gilos.
3/10/2015 3.00petang(agak2nya la)
Contraction dah semakin kuat aku merayu2 dgn doctor tu nak duduk, sebab rasanya lagi lega sakit bila duduk. Tapi doctor tak bagi. So sambung la tido and aku tersedar sebab rasa mcm nak berakk sangat.. "doctor sy rasa nak berak" "berak je,nanti sy bersihkan" (ok~malu sgt. So tak jadi berak) tp aku cm tergerak. 'Nak berak ke baby dh nk kuar eh.' So aku request doctor. "doctor, u blh buat VE now tak? Sbb sy rasa mcm nak terberakk sangat. Dh hujung2 taik sy ni. Ke baby dh nk keluar?" "ok suami tunggu luar sekejap..(check VE) Ehh.. Kepala anak awak dah depan pintu sangat ni. Tunggu jap jgn teran, sy ready equipment" keletang keletung ntah ape doctor ni buat, cabut katil jadi separuh je katil tu bagai, aku dah tak tahan nk teran.. Suami masuk semula, and doctor kata aku ready teran bila ada contraction.. Bermula la aksi teran teran, atas bantuan coach Akmal(Abah Nayla,suami aku tercinta) n Dr.Syazana. Doctor cakap,teran mcm teran sembelit. Ok doctor! berkat selalu sangat sembelit masa ngandung, so aku teran jela mcm nk kuar taik sembelit tu. Hahaha~ Rasanya dlm 4kali contraction je Nayla dah keluar. 2nd contraction keluar kepala, then aku tertido... 😴 ZZZZzzzzzzz~~~ ok jgn contohi aksi ini.. Menjerit doctor "bangun!bangun! Hei jgn tidoo bahu anak awak belum keluar ni..!! NURSE!!! Masuk!! Tolong saya ni patient tidoo!!" and suami pun jerit "bangun Nyee.. Bangun!! Jangan tidoo.. Bahu anak belum keluar tu. Teran lagi nye" 4th contraction tepat 3.57petang(ikut rekod surat beranakla. Tapi aku rasa mcm Nayla kuar awal sikit dari rekod tu), keluarlah seketul Nayla dibumi allah swt ni.. Selambak Nayla dengan berat 2.91kg tu doctor campak atas perut aku. Wow!! feeling dia? Tak terkata. Happy. Ok~ time ni aku lalok lg wei. Ngantuk giloss.. (sebenarnya dari pukul 3petang tu aku ngantuk lalok lagi so semua berlaku dalam keadaan mcm separa sedar gitu.) lama gile doctor menjahit, pukul 5lebih dekat pukul6 baru aku keluar dr labour room and msk wad. Rasa sampai sini jela kisah kelahiran puteri sulung kami, Nur Nayla Adzkia Akma binti Mohd akmal.
##Berjuta-jutaan ucapan terima kasih buat suami tercinta, tak berganjak dari sisi aku sepanjang proses kelahiran tu(time doctor suruh keluar pun dia tunggu luar pintu gitu je) suami, ilebiueww..
##Dr.Syazana, ntah kenapa aku adore gile doctor tu. Maybe dia rajin melayan soalan2 scientific kedoktoran yg aku dok tanya pd dia. Dia siap suapkan aku air wei, xmengeluh pun tiap kali kna kosongkan pundi kencing aku.hehe~
##buat keluarga aku,abah ibu, kakak n adik2 aku, in-laws aku Abil sekeluarga, semua yg tak putus asa bg support tiap kali aku merengek bila nk beranak. Terima kasih daun keladi,anak next layan lagi.hehe
##Special dedication to Uncle Faris, terima kasih susah payah jd driver untk aku nk suami weekend tu. Aku syak Nayla akan manja dgn kau mcmana aku manja dgn ayah. So tahan jela melayan dia k.
##Kawan2 yg mendoakan aku, terima kasih. Xtahu nak balas cmne. Bersyukur sangat dikurniakan insan istimewa mcm korg dlm hidup aku.
##Bobok,nenek,pakwans, bad n ummi Althea sekeluarga, Hanya Allah blh balas jasa korg. Melayan jemput2bawang Nayla. Haha~
##Terima kasih sebab sudi baca sampai tahap ni. Layan la kejoyahan aku dlm bercerita ni. Sj nak buat rekod. Read at your own risk ya. Enjoy ~ and feel free to leave a comment ya~
Sunday, September 6, 2015
Pregnancy Journey: 3rd Trimester
3rd trimester, memang banyak aktiviti yang buat mama and abah to-be tak menang tangan. mana tak nye dah masuk 7 bulan anak mama. week 28, pegi scan 4D menyaksikan AkmalJannahJr membesar dengan jayanya. ok tipu kalau aku kata tak stress langsung dek kerana berat turun mendadak sepanjang 1st and 2nd trimester. risau anak dapat nutrisi baik tak? anak serap vitamin yang aku telan selama ni tak?
As Doctor scan tu cakap, baby sihat. Alhamdulillah. estimated weight 1004gram uolls. beso la jugak ko nak. name tak nye, sejak aku dok muntah2, risau Hb low, risau itu ini, aku telan Spirulina Elken 20 bijik sehari, hah katekooo. Omega3 fish Oils, product herbalife lagi tak tinggal, obimin untuk maintain Hb memang tak tinggal, zink included dlm tu and folic Acid sejak dari 1st trimester pun aku cuba tak tinggal. Semua ni untuk kamu darling anakku.
ya 7/8/15 ade Baby and mom Expo di JB. memandangkan aku dah tahu jantina baby (ok rahsia lagi la sampai lahir) so kami shopping sakan. tengok to side wing aku, Ika partner in crime, kami shopping sakan, ayah budak kena jadi mangsa angkat barang and tukang bayar. Penuh 1 Pesona dgn barang AkmalJannahJr. Husband and I dah sediakan peruntukan siap2, even masa tu bulan raya, al-maklum perbelanjaan mesti la tinggi kan balik kampung lagi, tapi aku nekad nak membeli. stok memang 6 bulan punya. sebab pada aku, dlm pantang, masa baby 1st 6 month tu kami decide nak had kan pergerakan, avoid bawak anak ke tempat yg crowded. TESCO pun kira crowded gak kan. so Abah baby tak perlu pening2 restock barang baby. Settle 1 perkara.
masa week 32, ade sesuatu terjadi. buatkan aku terpaksa buat 4D scan lagi, nyaris Admitted HSI. and benda ni cite lepas deliver nanti la. Alhamdulillah semuanya ok, rezeki nak dapat tengok anak lagi, nah setembam pipi kau nak. insyaallah lebih kurang 6 minggu lagi kite jumpa. at week 32, baby dah double up berat dia, 2085gram kau.. Semoga Allah pelihara kamu didalam rahim mama, dan dilindungi dari segala penyakit dalam dan luar perut. lahir nanti elok2 ye sayang.
semua persediaan untuk menyambut permata hati kami sedang giat dijalankan. ya baju newborn memang aku tak beli langsung. pakai jela baju Ehsan dari maklong baby, tu pun masih belum pakai kau. bedung jela mama tempah pakai kain putih tu, tak berkenan corak2 kartun. barut pun MakChik belah abah dia buatkan. ok tu comel gile! sumpah! nak order boleh la pegi instagram @babyboobyhanaz .alhamdulillah rezeki. mama decide nak pakai set Nona Roguy untuk Berpantang nanti(nanti dah guna aku buat review eh).
Misi untuk buat co-sleeper/ baby cot untuk baby pun sedang dijalankan. Abah baby gigih wo menukang buat tempat beradu anak dia. Bukan kedekut tak mahu beli je baby cot tu. Tapi bilik kami tak muat. Ngam2 lebih space berapa inci je. So custom made la, and nampak skit effort abah baby kan. Hehehee.
Abah baby, ilebiueww .. Ok now aku dh pun nak masuk week 37. Debaran kian terasa, aku berdebar bila xde rasa sakit langsung. Doa2 la jgn sampai tahap induce. Baby mama, kamu baik2 ye dalam tu. Dh matang je cepat2 kuar.. Mohon doa dr semua,semoga dipermudahkan urusan kami. Andai ade silap dan salah ampunkan dosaku ya.. Ok tu je, sampai jumpa...
Pregnancy Journey: 2nd Trimester
2nd trimester menyaksikan pelbagai perubahan dalam hidup aku. hidup suami. kira dua2 dah sedar bakal jadi abah n mama. aku dok mabuk semabuk-mabuknya, sampai kan berat badan turun mendadak 4 kg dlm msa 1 bulan. Hb pada kadar normal, blood pressure dan sugar level pun steady. cumanya aku kena buat 1 jenis test yg nak tgk samaada aku ade jangkitan tibi ke tidak. sebabkan masalah penurunan berat badan mendadak ni la kena check. seriously cuak. dia inject virus tb kat bawah kulit kita, and 3 hari lepas tu dia check, if tempat tu bengkak lebih dr 3mm, positif Tibi, and kena la jalani rawatan susulan. penyakit tibi ni bahaya and berjangkit tau. alhamdulillah aku disahkan Negatif tibi. yeehaaa...
week 22-23 tak silap, masa birthday Althea. berat aku 64kg, hah lg slim dari zaman anak dara.mcm jerangkung jgn cakap la. atas muntah, bawah muntah. perut sangat sensitif. masalah sembelit dan cirit- birit datang bergilir2. MC 18 hari/ setahun, memang penuh digunakan now berbaki 4 hari. redha jela..
persediaan menghadapi fasa kaki bengkak, gigihkan diri beli crocs, satu kasut keje, satu kasut santai. end up sampai sekarang kaki tak bengkak besar sangat. tak pe la layan kan je selera mama-to-be nak shopping. Rasanya 2nd trimester berlalu sangat pantas, sebba aku sibuk dengan mabuk, bulan puasa, Appointment Nurse dan Doctor Klinik kesihatan aku follow macam biase. owh ya, atas sebab tuntutan kerja, masa 21 week aku terpaksa travel ke KL, via flight. heaven gak la rasanya. cuma kalau nak naik flight masa pregnant ni kena follow procedure setiap penerbangan. AirAsia 28~34 minggu perlukan surat kebenaran dari doctor. kurang dari tu, hanya perlu isi borang atas flight/before check-in saje. Malindo Air pun rasanya procedure sama 28~34 perlukan surat doctor.
sepanjang tempoh mengandung ni aku ad habit yang rasanya orang akan pelik. mengidam nak beli emas. sebelum tidur belek website, google emas 916, tak kisah la gelang ke rantai ke, semua aku belek. bangun pagi, merengek dengan laki nak beli emas. suami sempoi jawab "beli la yg.. duit awak." (yes aku merengek bukan nak pow laki. dapat izin pun dah kira cool abes.laju2 kau pg beli)setiap bulan, ade je peruntukan aku reserved untuk beli emas. layannn...
Saturday, September 5, 2015
Pregnancy Journey: 1st Trimester
Rasanya dah begitu lambat nak menulis pasal pengalaman 1st trimester. tapi tulis jela, buat memory. and seperti mama2 yg mengandung lain, kebiasaannya sangat excited nak menulis. aku pulak, kena penyakit malas sejak mengandung (eh bukan before ngandung pun malas nak blogging ke eheeee)
Al-kisah, aku memang TTC lama dah. xla lama sangat tapi sejak lepas akad nikah tu memang decide, at soonest kena conceive. aku dah suami dah late 20. so go for 1st baby sangat la perlu. kang bile pulak nak 2nd baby kan. klo blh nak gap 2-3 tahun. hal anak ni memang kena discuss dengan suami la, atas persetujuan dua pihak, baru la blh execute plan TTC tu kan.
Pada siapa yang tahu, year 2014 sangat mencabar bagi aku. setiap Rabu, busy dengan kelas part time. sampai la sebulan lepas nikah pun suami kena tinggal, aku balik malam lepas kelas sampai rumah around 10pm gitu. soo memang life sangatlah tak stable 2 bulan lepas nikah tu. Alhamdulillah aku lulus dengan jayanya, Feb2015 dah takpayah g kelas malam.. aku decide nak guna Ovulation Predictor Kits untuk kenal badan aku sendiri. pada yang TTC memang bagus la guna test strip ni. dia akan show bila tarikh yang kita betul2 ovulation(yg ni kena study skit la nak guna OPK tu cmne k). so ade matlamat la kan target bila. jangan membabi buta je. ehehehe. ok back to cerita Pregnancy aku.
Week 2: aku siap pegi site untuk Product Quality Awareness Training. berpanas, bersafety boot berat. cuma memang masa tu rasa weak gile. rasa mcm kencing tak lawas, asyik rasa nak kencing, mana nak cari toilet kat tengah2 site tu. gile. rasa mcm bloated gile. masa training ni, batch mate aku semua mcm tertanya2 kenapa, kenapa aku nampak mcm tak sihat. inai masih merah dijari wei. and aku jawab "I think I'm pregnant" wahhhh geng-geng ni la paling excited. sampai sekarang bila aku dah sarat pun mereka excited, ade siap perasan nak jadi mama angkat baby aku. layannn... (masa ni tak buat UPT lagi.)
The Result Day: kisahnya, masa 31/1/15 aku ade buat program gotong-royong kat tempat keje, hidung ni rasa gatal gile, mudah sangat terbau bau badan org lain. serious nak pengsan. dlm otak fikir 'eh aku pregnant ke? ala takde mood nak buat UPT. tapi sebabkan esoknya aku nak terbang ke Sabah for our honeymoon, decide buat la UPT. sekali positif kauuuu... terkezut makk.. test tengahari buta, terang berderang positifnya. ok so Honeymoon trip aku xle la ade lagak ngeri ber parachuting bagai. aktiviti laut pun dah kena sekat dengan suami aku. hah TTC sangat kan. rasakan Jannah. hehe. (masa ni aku dah masuk Week 4)
Start buat buku 8/2/15 at 5th week: aku dah dapat Green sticker kat buku Rekod Kesihatan Ibu Mengandung tu. sebab ad risiko Primid, and BMI atas pagar nak ke tinggi 69kg kau berat aku msa tu. dasar pengantin gemok. lepas majlis memang makan tak sukat punya. so dapat la pakej 3 kali kena minum air gula MGTT sepanjang tempoh pregnancy. Aku decide nak follow je procedure Klinik Kesihatan, sebab working hour office aku kan Isnin- Jumaat. so boleh la Ahad tu pegi Check-up kat KK. bila ad appt doctor baru amik halfday cuti. bersalin pun decide pg jela Sepital Kerajaan, ukur baju dibadan sendiri, klo ikot hati nak je aladiva pg swasta, tp duit banyak tu blh buat menda lain la, xmo bebankan suami. mungkin suatu hari nanti ade rezeki anak ke berapa ntah, bersalin hospital swasta. Actually Klinik swasta pun aku pg untuk checkup, sebab company pun blh claim. tiap2 bulan kau dapat scan. hehe. 1st Scan Baby AkmalJannahJr 10/3/2015 masa week 8-9 gitu. alhamdulillah baby sihat, mama sihat.
dan selepas scan, bermula la episod Mabuk semabuk-mabuknya.. ade selera makan, tapi 100% masuk, rasanya 95% keluar balik. wallahhhhh... sambung cite nanti la Trimester ke-2...
Subscribe to:
Posts (Atom)

