Aku rasa terpanggil untuk share semua ni. Bagi yang penah rasa melahirkan, fikir tips aku bg ni remeh jela kan. Tp rasanya sangat penting untuk bakal ibu yg pertama kali untuk tahu. And ade gak yg aku terlepas xbuat, 2nd pregnancy nanti (#ewah) aku nak baca balik buat peringatan. Nak follow? Tak mahu? Up to you.
Persediaan sebelum bersalin:
Dlm tempoh 9bulan mengandung tu bnyk kan membaca, timba ilmu betul2. Selain dr bertawakal dgn ketentuan Allah, kita juga perlu usaha, dan berdoa. Doa pulak, jgn doa untuk diri sendiri je. Seriously power of doa. Ada kenalan aku ajar, sedekahkan Al-Fatihah buat semua nurse, semua doctor yg bakal menguruskan kita. Semoga ketika itu, hati mereka lembut lapang, senang je nak menguruskan kita. Insyaallah dipermudahkan segala urusan, dapat doctor perempuan, nurse pun elok2 je tak mengentan. Diri kita pun,jgn la diva sangat kat labour room tu. Kita behave, nurse/doctor pun happy. Cewah~~
Tudung di labour room/wad:
Aku rasa, better standby la tudung yg selesa 2-3helai, tak perlu pakai brooch. Bahaya wei, masa ko tgh teran2 tu, dagu kedada bagai, pastu dagu kena brooch sakit woo.. Klo xnk nampak selekeh, tudung ade awning sooo a big NO.. Nanti dh melorot2 kedepan hudoh gilos. Hehe. Time aku haritu, Dr.Syazana siap suruh bukak, dia jamin mmg xde lelaki masuk territory dia. Tp aku standby jela sebelah kepala. Kat wad pun, pakai la tudung yg selesa. Even wad semua perempuan. Xjamin. Kadang ade je lelaki masuk. Kalau anak tgh menyusu, blh la jadi nursing cover.
Hospital bag for mama:
Rasanya tak perlu bawa persalinan terlalu banyak. Kalau HSI, dia sediakan baju pink(uniform wad) unlimited. Tibai jela pakai, masa dlm wad memang tak fikir psl imej bagai la. Semua org pakai baju yg sama. So 1persalinan je diperlukan masa nak discharge tu. Ha underwear tu semua bawak la banyak k. Hospital tak supply.hehe~
Hospital bag for baby:
Hah tang baby punya, kena asing beg dengan baby ya. Mana la tahu(mintk dijauhkan) baby kena tahan wad, so beg baby tinggal,beg mama bawa pulang. Make sure tisu basah bawa, 1st night baby berak like nobody business. Aku msa kat wad hrtu mcm lumba dgn jiran katil sebelah, kejap anak aku berak. Kejap anak dia berak. Pastu jiran katil depan tak bawak tisu basah, satu hal pulak aku dgn dia main pas2 tisu basah mcm lumba lari berganti2. Wei bawah tu koyak kot. Feeling dia neraka abes turun naik katil sepital tu.
Baby attire untuk labour room:
Aku dapat tips ni dari sorang sahabat. Sediakan 1persalinan untuk baby dlm 1plastik. Bedung, Baju, pampers, topi(kalau nak anak pkai topi la), selimut untk balut baby lg bagi hangat. Yela baby baru kuar dr oven. Nurse dah mandikan, kena la ade baju. Ko saje cari pasal kalau bawak 1 beg beso pg labour room. Kesian suami time gelabah2 tu nak kuar kan satu2 barang dr beg besar nak bg nurse 'baby attire for labour room' tu kan. So masuk plastik siap2 pakai marker. Lagi bagus ko label B/O contoh 'B/O Nuruljannah Badrul Hisham' (bawah ade gambar) Masa aku serahkan plastik tu pd nurse kat labour room, nurse tu cakap "wah senang keje saya. Kalau tak, saya pulak kena korek beg patient. Suami gelabah mana tahu mana satu bedung" . Failed to do so, akan menyebabkan anak korg kena pkai baju sepital. Alahai kesian. Lain la klo kes dtng dah bukaan penuh,laki tgh park kereta, baby dah kuar. Hehehe (kes Abil ni).
Bawa bekal roti/air milo:
Ni Abil selalu bising kat aku before beranak dulu. Bawak bekal mknan wei.. Lepas beranak lapo giloss.. Aku degil tak beli siap2 before bersalin. Dah la lepas beranak tu menunggu pulak abah Nayla g beli. Wei lapo tak tertahan. Seriously..
Spray untuk ubat kuning:
Semua sedia maklum. Kalau bersalin normal, bawah tu sure luka (luka ke? Ah xle nk describe what happen down there) soo.. Ubat kuning memang la jadi sahabat sejati sepanjang healing proses tu. Ade yg ajar. Curah ubat kuning tu kat pad, then pakai. For me, bazir. Bukan pad yg luka. Tempat lain luka, tempat lain dicurah. Amalan syaitan ni membazir. Kalau doctor ajar, curah je ubat kuning tu ditempat berkenaan. Klo time baring kat labour room tu boleh la kan. Ni kat bilik air umah ko xkn nak baring. Gilos. So ni tips dari nurse KK aku ajar. Beli spray(rujuk gambar bawah ni)
rasa kat daiso ke kedai accessories makeup ade jual. So lepas mandi, make sure lap kering, then sambil berdiri tu blh spray tempat berkenaan. Semoga luka cepat baik insyaallah. JANGAN sesekali pakai dettol la kt tempat tu. konon nk super bersih bagai. Bahaya okey. Benang kalau dh tertetas, hazab nk jahit balik. kau jelulur la sendiri.
Jangan budget diva tak berpantang:
Param,pilis, stokin,bengkung tu pakai la accordingly. normal ke czer, pantang jugak. Kena ade ilmu la sebelum bersalin. Ade je bengkung untk org czer. Aku rse zaman moden ni, yg traditional tu follow gak la. Yg ni aku xnk comment lebih2, berpantang bkn hanya nk kurus semata. Tp untk jg dalaman urat2 kite. Makcik tukang urut aku ckp. "kalau kt tak jg diri kita sendiri, sape lagi nak hiraukan kita" ok tersyahdu pulak. Memang betul, kt sakit xde sape heran. Hazabb la kau tanggung sendiri.
Rasanya setakat ni jela untuk hari ni. Esok kalau terlintas lagi, aku tulis lagi. Time berpantang ni banyak la blog post blh karang.. Hehe.. Stay tuned...
No comments:
Post a Comment