Showing posts with label Nayla. Show all posts
Showing posts with label Nayla. Show all posts

Thursday, November 5, 2015

Breastfeeding Journey

Dh sebulan aku melahirkan Nayla. Alhamdulillah dikurniakan rezeki fully breastfeed Nayla. Semoga Allah kurniakan kami rezeki untk Nayla ni sampai at least umur dia 2 tahun. Sape yg kenal aku, tahu la. Sejak dr masa bujang lagi aku memang minat study psl breastfeeding ni. Pada dasarnya nampak mcm senang. Theoretically dah tahu. Practically??  Mencabar.. Tu je aku dpt gambar kan permulaan journey ni.. Along the journey, aku rasa bnyk lagi theory yg aku baru pelajari. So, post ni ditulis. Nak mengingatkan aku perjalanan menyusukan Nayla mcmana. Buat baja semangat aku next baby nanti. Below ade some issue yg aku hadapi sebulan ni. Buat dlm sub topic senang nak celoteh. Enjoy~

Nipple crack
Sebab tu cakap,nak breastfeed anak kena kental fizikal mental. Paling menguji aku rasanya Nipple crack? Aku rse nk gambarkan sakitnya tu, mcm nipple tu dah nak terputus dari tapak nya. Subhanallah agak masa aku baby dulu mcmni aku kejekan mak aku.. Kau nak bg susu kat anak. Dlm masa yg sama nk tarik nipple tu dr mulut dia. Wei menitik air mata. 
So future mama sekalian, bersedia. Aku guna nipple cream Medela, mengagau la wei dlm pantang paksa suami g cari kat farmasi. Rasanya nipple cream must have item la. So sebelum bersalin lg beli la. Sementara nak elokkan nipple crack tu, aku nekad pump banyak2, abah Nayla feed Nayla pakai botol. And some tips dari nurse KK, susu dr kiri sapu ke nipple kanan, susu dr kanan sapu ke nipple kiri, then keringkn dulu baru tutup.  Selamat mencuba.


Gadget penting (Medela freestyle)
Aku rasa pump pun memainkan peranan penting dalam proses ni. Just imagine kalau manual, ko lenguh tangan berejam, susu sikit je keluar. Stress, production pun merudum. Banding beli auto, sambil pump sambil main Facebook,  tahu2 je belum 10minit dah 5oz sebelah. Heavennn~ but hal breastpump ni, terpulang masing2 la nak guna jenis apa. Tp aku nekad beli electric double pump. And brand Medela freestyle ni dah well known prestasi nya. 
Bnyk dpt comment dr officemate aku, bagus. So nekad wei beli. Sejak dpt tahu pregnant je, aku join skim 'kutu' di website www.mamapanda.com. Bulan2 bayar,  tiba masa dapat breastpump nya. 6 bulan byr, tak terasa sangat kan.. Almaklum, beriban wei menatang penyedut ni.. So far puaszzz hati..


Cooler bag dan Accessories
Bagi working mom, xblh elak la dr sediakan cooler bag ni. Siap siaga menyumbat segala gadget, accessories yg ade. Gunting, marker untk mark tarikh stock, masking tape(untk marking tampal kat botol), tisu, extra storage bag, breast pad(tiada dlm gambar) pun aku rse mcm must have emergency kit dlm cooler bag. Tapi bab nk sediakan beg ni tak payah tunggu naik keje baru beli. Dalam tempoh berpantang pun aku penah travel. Terasa gak la cmne peningnya nak bwk susu tu cmne. 
*bag comel ni payied punya, aku beli dgn dia, comel kan?*


Pengurusan Botol dan Accessories lain
Management pada aku sangat penting. Kang botol semua kotor, tak terurus, nanti kena kuman jangkitan, effect plak pada baby. Aku tgk online shop banyak tengok drying rack cecomel.. Tapi aku sebagai orang yang clumsy,  rasanya bakul lagi senang nak organise semua botol-botol, accessories gadget aku tu. Kena rajin basuh semua part2 pump tu on daily basis. Aku penah baca la in between each session tu part pump yg plastic bukan setiap kali guna kena basuh, tapi perlu disimpan dlm fridge bg mengelakkan pertumbuhan bacteria. And aku amalkan skrng. End of the day, baru cuci and sterilise semua part tu. Nah ni tgk cmne aku campak semua benda dlm 1bakul. Hehe


Sokongan moral penting
Baru2 ni ade baca,ibu muda meroyan (postpartum depression) and bunuh diri terjun dari tingkat 10. Kesian betul. Pada pendapat aku, time berpantang ni. Xkira la 44 ke 100 hari ke, sokongan moral dari suami, keluarga amatlah penting. Imagine eh, org sekeliling tak membantu, kt stress, production kurang. Banyak hal wei.. Walaupun mama bangun menyusukan anak tengah malam, abah bangun tolong sendal bantal ke(kdang nak dapat posisi terbaik untuk menyusu susah wei), selimutkan mama baby ke. Xkisah. Sometimes small little things mean everything rite? Alhamdulillah dikurniakan suami yang supportive. So better duduk dikelilingi orang yang positif. Yg negatif tu, bolayan wt buta mata pekakkan telinga.


Buat stock banyak2
Untuk breastfeeding mom, Formula demand vs supply ni kena hafal. So skrng aku amalkan pump sebanyak mungkin.  Simpan stok. Walaupun tempoh berpantang ni tempoh recovery and masa untuk berehat, tapi aku xnk lengah tentang stok susu ni. Sebab risau nanti naik keje,stok xcukup. Lagi la kalau2 keadaan yg menjadi kekangan untk aku pump, aku kena keluar kawasan ke, bulan puasa ke.. Now stock susu aku dh nk penuh peti ais umh ni, so kena beli freezer.. Khas untuk susu Nayla. Lepas full bf, mama blh meniaga frozen curry puff. Hahaha~


Kipidap dongibab
Pesanan kepada new mom luar sana. Memang ad masa, ko rasa mcm stress, sakit, penatzz, patah pinggang. Jangan la berputus asa. Kalau ade makcik2 baik hati bg nasihat "anak kamu lapar tu.susu tak cukup. Bagi la nestum,bagi la air beras, tepung beras, ceralex, bagi air masak bagi bilas" hah bilas kedarokk.. Jgn dilayan. Senyum je, cakap "yelah.. Yelah.." sambil angguk dan senyum. Angkat anakko, peluk kuat2. Jangan lepas dari pandangan matako.. Jangan sampai makcik yg baik hati ni menyuapkan apa2 kedalam mulut anakko. Promise??!! Baby hanya minum susu ibu SAHAJA 6bulan pertama. Below aku share sikit keperluan susu untuk tangga umur baby.
Insyaallah apa yg keluar cukup untuk anak kita. Then ingat, Allah dah pasangkan breast kita dengan anak kita, takde istilah anak tak pandai isap. Zaman skrng dah modern, segalanya bisa diatur. "Nak dengan tak nak je cite dia. So mama, lillahitaalla, nekad!" <---- ayat untuk diri sendiri jugak.. Perasaan paling heaven bila anak dara ko sadooo dek kerana minum susu mcm bomba.. Kipidap Nayla.. Ok la Nayla dah jerit, sampai jumpa di post akan datang.. Chill ~~~



**post ni xde kena mengena dengan yang hidup mahupun yang dah tiada. Mama yg bagi anak FM, jangan kecik ati. Ni cuma perkongsian pengalaman sebulan aku and nasihat penguat semangat kepada new mom yang nak fully bf anak. Buang yang keruh,ambil yang jernih. Jangan amik hati. Okbai..

Friday, October 23, 2015

Ragam melahirkan dan berpantang 100hari

Aku rasa terpanggil untuk share semua ni. Bagi yang penah rasa melahirkan, fikir tips aku bg ni remeh jela kan. Tp rasanya sangat penting untuk bakal ibu yg pertama kali untuk tahu. And ade gak yg aku terlepas xbuat, 2nd pregnancy nanti (#ewah) aku nak baca balik buat peringatan. Nak follow? Tak mahu? Up to you.

Persediaan sebelum bersalin:
Dlm tempoh 9bulan mengandung tu bnyk kan membaca, timba ilmu betul2. Selain dr bertawakal dgn ketentuan Allah, kita juga perlu usaha, dan berdoa. Doa pulak, jgn doa untuk diri sendiri je. Seriously power of doa. Ada kenalan aku ajar, sedekahkan Al-Fatihah buat semua nurse, semua doctor yg bakal menguruskan kita. Semoga ketika itu, hati mereka lembut lapang, senang je nak menguruskan kita. Insyaallah dipermudahkan segala urusan, dapat doctor perempuan, nurse pun elok2 je tak mengentan. Diri kita pun,jgn la diva sangat kat labour room tu. Kita behave, nurse/doctor pun happy. Cewah~~


Tudung di labour room/wad:
Aku rasa, better standby la tudung yg selesa 2-3helai, tak perlu pakai brooch. Bahaya wei, masa ko tgh teran2 tu, dagu kedada bagai, pastu dagu kena brooch sakit woo.. Klo xnk nampak selekeh, tudung ade awning sooo a big NO.. Nanti dh melorot2 kedepan hudoh gilos. Hehe. Time aku haritu, Dr.Syazana siap suruh bukak, dia jamin mmg xde lelaki masuk territory dia. Tp aku standby jela sebelah kepala. Kat wad pun, pakai la tudung yg selesa. Even wad semua perempuan. Xjamin. Kadang ade je lelaki masuk. Kalau anak tgh menyusu, blh la jadi nursing cover.


Hospital bag for mama:
Rasanya tak perlu bawa persalinan terlalu banyak. Kalau HSI, dia sediakan baju pink(uniform wad) unlimited. Tibai jela pakai, masa dlm wad memang tak fikir psl imej bagai la. Semua org pakai baju yg sama. So 1persalinan je diperlukan masa nak discharge tu. Ha underwear tu semua bawak la banyak k. Hospital tak supply.hehe~


Hospital bag for baby:
Hah tang baby punya, kena asing beg dengan baby ya. Mana la tahu(mintk dijauhkan) baby kena tahan wad, so beg baby tinggal,beg mama bawa pulang. Make sure tisu basah bawa, 1st night baby berak like nobody business. Aku msa kat wad hrtu mcm lumba dgn jiran katil sebelah, kejap anak aku berak. Kejap anak dia berak. Pastu jiran katil depan tak bawak tisu basah, satu hal pulak aku dgn dia main pas2 tisu basah mcm lumba lari berganti2. Wei bawah tu koyak kot. Feeling dia neraka abes turun naik katil sepital tu.


Baby attire untuk labour room:
Aku dapat tips ni dari sorang sahabat. Sediakan 1persalinan untuk baby dlm 1plastik. Bedung, Baju, pampers, topi(kalau nak anak pkai topi la), selimut untk balut baby lg bagi hangat. Yela baby baru kuar dr oven. Nurse dah mandikan, kena la ade baju. Ko saje cari pasal kalau bawak 1 beg beso pg labour room. Kesian suami time gelabah2 tu nak kuar kan satu2 barang dr beg besar nak bg nurse 'baby attire for labour room' tu kan. So masuk plastik siap2 pakai marker. Lagi bagus ko label B/O contoh 'B/O Nuruljannah Badrul Hisham' (bawah ade gambar) Masa aku serahkan plastik tu pd nurse kat labour room, nurse tu cakap "wah senang keje saya. Kalau tak, saya pulak kena korek beg patient. Suami gelabah mana tahu mana satu bedung" . Failed to do so, akan menyebabkan anak korg kena pkai baju sepital. Alahai kesian. Lain la klo kes dtng dah bukaan penuh,laki tgh park kereta, baby dah kuar. Hehehe (kes Abil ni).



Bawa bekal roti/air milo:
Ni Abil selalu bising kat aku before beranak dulu. Bawak bekal mknan wei.. Lepas beranak lapo giloss.. Aku degil tak beli siap2 before bersalin. Dah la lepas beranak tu menunggu pulak abah Nayla g beli. Wei lapo tak tertahan. Seriously..


Spray untuk ubat kuning:
Semua sedia maklum. Kalau bersalin normal, bawah tu sure luka (luka ke? Ah xle nk describe what happen down there) soo.. Ubat kuning memang la jadi sahabat sejati sepanjang healing proses tu. Ade yg ajar. Curah ubat kuning tu kat pad, then pakai. For me, bazir. Bukan pad yg luka. Tempat lain luka, tempat lain dicurah. Amalan syaitan ni membazir. Kalau doctor ajar, curah je ubat kuning tu ditempat berkenaan. Klo time baring kat labour room tu boleh la kan. Ni kat bilik air umah ko xkn nak baring. Gilos. So ni tips dari nurse KK aku ajar. Beli spray(rujuk gambar bawah ni)

rasa kat daiso ke kedai accessories makeup ade jual. So lepas mandi, make sure lap kering, then sambil berdiri tu blh spray tempat berkenaan. Semoga luka cepat baik insyaallah. JANGAN sesekali pakai dettol la kt tempat tu. konon nk super bersih bagai. Bahaya okey. Benang kalau dh tertetas, hazab nk jahit balik. kau jelulur la sendiri.


Jangan budget diva tak berpantang:
Param,pilis, stokin,bengkung tu pakai la accordingly. normal ke czer, pantang jugak. Kena ade ilmu la sebelum bersalin. Ade je bengkung untk org czer. Aku rse zaman moden ni, yg traditional tu follow gak la. Yg ni aku xnk comment lebih2, berpantang bkn hanya nk kurus semata. Tp untk jg dalaman urat2 kite. Makcik tukang urut aku ckp. "kalau kt tak jg diri kita sendiri, sape lagi nak hiraukan kita" ok tersyahdu pulak. Memang betul, kt sakit xde sape heran. Hazabb la kau tanggung sendiri.


Rasanya setakat ni jela untuk hari ni. Esok kalau terlintas lagi, aku tulis lagi. Time berpantang ni banyak la blog post blh karang.. Hehe.. Stay tuned...

Thursday, October 22, 2015

Kisah Kelahiran Nayla

Sebelum aku terlupa,baiklah ditulis kisah kelahiran Nayla. Lgpun ramai yg bertanya, mcmana Jannah bersalin. Lenguh jugak pipi nak bercerita (walaupun aku jenis suka bercakap penat jugak kan) so now dah mula tulis, boleh la bg link blog post n suruh mereka baca sendiri. Hahaha.

Rasanya kisah kelahiran ni bermula bila aku dh due 27/9/15 (EDD ikut perkiraan 1st day previous period aku which is 20/12/14) and doctor KK dah arahkan untuk aku 'check-in' 3/10/15 if xde rasa nk bersalin lg.

28/09/2015 1.37pagi
Ada bleeding. And yg sangat banyak. Rasa mcm kes pembunuhan wei. Meleleh2 and suami pun kena tempias. Malam tu semua kawan2 kt kite2aje paksa suruh pg sepital. Aku dok google2,kalau xde contraction xpecah air ketuban, boleh tahan lg ni. Fyi. Aku xde rasa sakit. Tgk suami dh tido lena, kesian pulak nk ajak ke hospital. So decide esok pagi la pg.

28/09/2015 6.45pagi 
kami gerak ke HSI. Smpai bilik saringan, doctor check bukaan(VE) baru 2cm. Dia advice suruh balik, rehat kt rumah. Alasan? Kesian klo hold aku dlm wad nanti xmakan, lagi lambat bersalin. (statement ni mmg aku 'apakah' sgt) so balik la. Kitorng siap pg Jusco dulu, dgn alasan bg cepat bukaan rahim. Sejak hari tu, bermula la episode menunggu hari, aku cuti. Duduk rumah 'berehat'.. Doctor ubah tarikh last 7/10/15 kalau masih xberanak kena serah diri untuk induce. Dan bermula lah penguatkuasaan kuasa veto suami. Tak bagi aku pg keje. Kunci kete kena sita. Xblh drive uolls. Ambil lah segala AL atau UPL, duduk la aku kt rumah, melepak. Cukup masa boring, abes semua Tesco, Jusco, Giant, Mydin, Econsave aku pg ukur. Bobok, Bad, Ummi n nenek Althea la rajin melayan aku bwk kesana kemari.

2/10/2015
Ntah kenapa, ramai betul call, whatsApp tanya bila nk beranak. KakYatie n kakSuhana (officemate aku) siap call ugut, knape dh lama bleeding tp duduk rumah lg tak mau pg HSA. Siap ckp, kalau isnin masih xberanak, dia nk dtng jemput aku kat rumah paksa pg sepital. Takot makk~. Then, MIL call tanya khabar, "apesal babynya lama sangat make-up dlm perut tu tak mahu keluar." Nak buat cmne,kalau serah diri kat sepital pun, tak rasa contraction, Braxton Hicks pekejadah semua tak rasa. Kang pg HSA kna halau balik gak malu je. Hehe. My cousin, Faris siap nekad beli tiket flight balik JB alasan? Nk lepak last before aku bersalin, n dia pun nk kawen dh so dtng melepak ala2 bujang gitu. Siap ckp mudah2an dia balik, baby nak keluar (masin mulot kau). Smpai penghujung hari,  bersambung la aktiviti 'menunggu' baby keluar.. Tido cm biase xrasa sakit.

3/10/2015 7.40pagi
Kisah bermula aku keluar bilik pg dapur nak buat air. Yela kt rumah ad tetamu, niatnya nk plan la ape nk buat hari ni. Mana la tahu nk pg JPO ke, tgk wayang ke. Melayankan Faris menghabiskan sisa2 bujang dia and aku habiskan sisa2 sebelum dapat title 'mama'.  Tiba2 keluar je balconi rumah, basah kain aku. Eh. Rasa baru je kencig tadi, xkn la TERkencing kot.. Tp serious rasa mcm kencing yg tak boleh control. Faris dgn slumber inspect air yg kt lantai, confirm bkn urine. Sah air ketuban aku dh pecah. Eh tapi knape tak rasa sakit langsung ni. Risau wei. So aku kejut suami,  siap2 mandi, sarapan nasi lemak ayam goreng, gerak pg HSI. Faris n Akid siap ikot(anak aku mmg pg memana org ascot wei)

3/10/2015 9.40pagi
Sampai HSI, aku xnk diorng main drop2 kt bilik saringan, parking kete, aku gigih nk jalan dr carpark. Sebenarnya nervous tak rasa sakit. Sampai bilik saringan,  doctor
Buat cough test untk check pooling air ketuban tu betul ke dh bocor/pecah. Bila VE? Dah 3cm. Ok! Kena sorong pg labour room. Fyi,aku xrasa sakit lg. Dlm otak dok fikir 'Mcmana nk beranak ni xsakit. Kang dh masuk dlm kna balik pulak wt malu je'

3/10/2015 11.00pagi
Baring la aku kat labour room tu. Alhamdulillah dapat doctor perempuan (dia lone ranger je wei jg 1 bilik tu) Dr.Syazana nama dia. Cute~ Doctor pasang CTG untk heartbeat baby n monitor contraction , eh tiba2 dah rasa contraction. Drama uolls~ aku awal2 dah tanya doctor "ape perancangan doctor terhadap sy?" yeee aku poyo. Tp aku jenis nak tahu ape plan, supaya xbodoh2 tunggu.  So Dr.Syazana tu ala2 present la kt aku. doctor cucuk drip untk bg aku tenaga n Pitocin (Oxytocin Injection) untuk cepatkan bukaan pintu rahim. Next VE lebih kurang 4ptg. Doctor target aku bersalin 5~7ptg cmtu. Sbb average bukaan 1cm=1jam. Lepas 7ptg dia akan refer aku untk czer coz air ketuban memang dah kosong takut baby lemas. So aku faham la plan dia cmne. Siap warning baby kau~ "nakk, dah tiba masanya keluar, pintu keluar kat sini ya(sambil tunjuk tempat yg sepatutnya) jangan lambat2 nanti perut mama kena belah,kesian mama". Dr.Syazana sangat baik,siap suruh aku tido dulu, haus blh minum air. Bermula la episode melayan contraction, aku smpai shaking gegar katil wei tiap kali contraction dtng. Doctor kesian, siap bagi pain killer cucuk kat punggung. Ubat tu buat aku lalok ngantuk. Aku tido like nobody business okey~ time contraction mesti tersedar mcm kena sawan sakit gilos.

3/10/2015 3.00petang(agak2nya la)
Contraction dah semakin kuat aku merayu2 dgn doctor tu nak duduk, sebab rasanya lagi lega sakit bila duduk. Tapi doctor tak bagi. So sambung la tido and aku tersedar sebab rasa mcm nak berakk sangat.. "doctor sy rasa nak berak" "berak je,nanti sy bersihkan" (ok~malu sgt. So tak jadi berak) tp aku cm tergerak. 'Nak berak ke baby dh nk kuar eh.' So aku request doctor. "doctor, u blh buat VE now tak? Sbb sy rasa mcm nak terberakk sangat. Dh hujung2 taik sy ni. Ke baby dh nk keluar?" "ok suami tunggu luar sekejap..(check VE) Ehh.. Kepala anak awak dah depan pintu sangat ni. Tunggu jap jgn teran, sy ready equipment" keletang keletung ntah ape doctor ni buat, cabut katil jadi separuh je katil tu bagai, aku dah tak tahan nk teran.. Suami masuk semula, and doctor kata aku ready teran bila ada contraction..  Bermula la aksi teran teran, atas bantuan coach Akmal(Abah Nayla,suami aku tercinta) n Dr.Syazana. Doctor cakap,teran mcm teran sembelit. Ok doctor! berkat selalu sangat sembelit masa ngandung, so aku teran jela mcm nk kuar taik sembelit tu. Hahaha~ Rasanya dlm 4kali contraction je Nayla dah keluar.  2nd contraction keluar kepala, then aku tertido... 😴 ZZZZzzzzzzz~~~ ok jgn contohi aksi ini.. Menjerit doctor "bangun!bangun! Hei jgn tidoo bahu anak awak belum keluar ni..!! NURSE!!! Masuk!! Tolong saya ni patient tidoo!!" and suami pun jerit "bangun Nyee.. Bangun!! Jangan tidoo.. Bahu anak belum keluar tu. Teran lagi nye" 4th contraction tepat 3.57petang(ikut rekod surat beranakla. Tapi aku rasa mcm Nayla kuar awal sikit dari rekod tu), keluarlah seketul Nayla dibumi allah swt ni.. Selambak Nayla dengan berat 2.91kg tu doctor campak atas perut aku. Wow!! feeling dia? Tak terkata. Happy. Ok~ time ni aku lalok lg wei. Ngantuk giloss.. (sebenarnya dari pukul 3petang tu aku ngantuk lalok lagi so semua berlaku dalam keadaan mcm separa sedar gitu.) lama gile doctor menjahit, pukul 5lebih dekat pukul6 baru aku keluar dr labour room and msk wad. Rasa sampai sini jela kisah kelahiran puteri sulung kami, Nur Nayla Adzkia Akma binti Mohd akmal.

##Berjuta-jutaan ucapan terima kasih buat suami tercinta, tak berganjak dari sisi aku sepanjang proses kelahiran tu(time doctor suruh keluar pun dia tunggu luar pintu gitu je) suami, ilebiueww..
##Dr.Syazana, ntah kenapa aku adore gile doctor tu. Maybe dia rajin melayan soalan2 scientific kedoktoran yg aku dok tanya pd dia. Dia siap suapkan aku air wei, xmengeluh pun tiap kali kna kosongkan pundi kencing aku.hehe~
##buat keluarga aku,abah ibu, kakak n adik2 aku, in-laws aku Abil sekeluarga, semua yg tak putus asa bg support tiap kali aku merengek bila nk beranak. Terima kasih daun keladi,anak next layan lagi.hehe
##Special dedication to Uncle Faris, terima kasih susah payah jd driver untk aku nk suami weekend tu. Aku syak Nayla akan manja dgn kau mcmana aku manja dgn ayah. So tahan jela melayan dia k.
##Kawan2 yg mendoakan aku, terima kasih. Xtahu nak balas cmne. Bersyukur sangat dikurniakan insan istimewa mcm korg dlm hidup aku.
##Bobok,nenek,pakwans, bad n ummi Althea sekeluarga, Hanya Allah blh balas jasa korg. Melayan jemput2bawang Nayla. Haha~
##Terima kasih sebab sudi baca sampai tahap ni. Layan la kejoyahan aku dlm bercerita ni. Sj nak buat rekod. Read at your own risk ya. Enjoy ~ and feel free to leave a comment ya~