Sunday, September 6, 2015

Pregnancy Journey: 2nd Trimester

2nd trimester menyaksikan pelbagai perubahan dalam hidup aku. hidup suami. kira dua2 dah sedar bakal jadi abah n mama. aku dok mabuk semabuk-mabuknya, sampai kan berat badan turun mendadak 4 kg dlm msa 1 bulan. Hb pada kadar normal, blood pressure dan sugar level pun steady. cumanya aku kena buat 1 jenis test yg nak tgk samaada aku ade jangkitan tibi ke tidak. sebabkan masalah penurunan berat badan mendadak ni la kena check. seriously cuak. dia inject virus tb kat bawah kulit kita, and 3 hari lepas tu dia check, if tempat tu bengkak lebih dr 3mm, positif Tibi, and kena la jalani rawatan susulan. penyakit tibi ni bahaya and berjangkit tau. alhamdulillah aku disahkan Negatif tibi. yeehaaa...

week 22-23 tak silap, masa birthday Althea. berat aku 64kg, hah lg slim dari zaman anak dara.mcm jerangkung jgn cakap la. atas muntah, bawah muntah. perut sangat sensitif. masalah sembelit dan cirit- birit datang bergilir2. MC 18 hari/ setahun, memang penuh digunakan now berbaki 4 hari. redha jela..

persediaan menghadapi fasa kaki bengkak, gigihkan diri beli crocs, satu kasut keje, satu kasut santai. end up sampai sekarang kaki tak bengkak besar sangat. tak pe la layan kan je selera mama-to-be nak shopping. Rasanya 2nd trimester berlalu sangat pantas, sebba aku sibuk dengan mabuk, bulan puasa, Appointment Nurse dan Doctor Klinik kesihatan aku follow macam biase. owh ya, atas sebab tuntutan kerja, masa 21 week aku terpaksa travel ke KL, via flight. heaven gak la rasanya. cuma kalau nak naik flight masa pregnant ni kena follow procedure setiap penerbangan. AirAsia 28~34 minggu perlukan surat kebenaran dari doctor. kurang dari tu, hanya perlu isi borang atas flight/before check-in saje. Malindo Air pun rasanya procedure sama 28~34 perlukan surat doctor.

sepanjang tempoh mengandung ni aku ad habit yang rasanya orang akan pelik. mengidam nak beli emas. sebelum tidur belek website, google emas 916, tak kisah la gelang ke rantai ke, semua aku belek. bangun pagi, merengek dengan laki nak beli emas. suami sempoi jawab "beli la yg.. duit awak." (yes aku merengek bukan nak pow laki. dapat izin pun dah kira cool abes.laju2 kau pg beli)setiap bulan, ade je peruntukan aku reserved untuk beli emas. layannn...

No comments: