Dh sebulan aku melahirkan Nayla. Alhamdulillah dikurniakan rezeki fully breastfeed Nayla. Semoga Allah kurniakan kami rezeki untk Nayla ni sampai at least umur dia 2 tahun. Sape yg kenal aku, tahu la. Sejak dr masa bujang lagi aku memang minat study psl breastfeeding ni. Pada dasarnya nampak mcm senang. Theoretically dah tahu. Practically?? Mencabar.. Tu je aku dpt gambar kan permulaan journey ni.. Along the journey, aku rasa bnyk lagi theory yg aku baru pelajari. So, post ni ditulis. Nak mengingatkan aku perjalanan menyusukan Nayla mcmana. Buat baja semangat aku next baby nanti. Below ade some issue yg aku hadapi sebulan ni. Buat dlm sub topic senang nak celoteh. Enjoy~
Nipple crack
Sebab tu cakap,nak breastfeed anak kena kental fizikal mental. Paling menguji aku rasanya Nipple crack? Aku rse nk gambarkan sakitnya tu, mcm nipple tu dah nak terputus dari tapak nya. Subhanallah agak masa aku baby dulu mcmni aku kejekan mak aku.. Kau nak bg susu kat anak. Dlm masa yg sama nk tarik nipple tu dr mulut dia. Wei menitik air mata.
So future mama sekalian, bersedia. Aku guna nipple cream Medela, mengagau la wei dlm pantang paksa suami g cari kat farmasi. Rasanya nipple cream must have item la. So sebelum bersalin lg beli la. Sementara nak elokkan nipple crack tu, aku nekad pump banyak2, abah Nayla feed Nayla pakai botol. And some tips dari nurse KK, susu dr kiri sapu ke nipple kanan, susu dr kanan sapu ke nipple kiri, then keringkn dulu baru tutup. Selamat mencuba.
Gadget penting (Medela freestyle)
Aku rasa pump pun memainkan peranan penting dalam proses ni. Just imagine kalau manual, ko lenguh tangan berejam, susu sikit je keluar. Stress, production pun merudum. Banding beli auto, sambil pump sambil main Facebook, tahu2 je belum 10minit dah 5oz sebelah. Heavennn~ but hal breastpump ni, terpulang masing2 la nak guna jenis apa. Tp aku nekad beli electric double pump. And brand Medela freestyle ni dah well known prestasi nya.
Bnyk dpt comment dr officemate aku, bagus. So nekad wei beli. Sejak dpt tahu pregnant je, aku join skim 'kutu' di website www.mamapanda.com. Bulan2 bayar, tiba masa dapat breastpump nya. 6 bulan byr, tak terasa sangat kan.. Almaklum, beriban wei menatang penyedut ni.. So far puaszzz hati..
Cooler bag dan Accessories
Bagi working mom, xblh elak la dr sediakan cooler bag ni. Siap siaga menyumbat segala gadget, accessories yg ade. Gunting, marker untk mark tarikh stock, masking tape(untk marking tampal kat botol), tisu, extra storage bag, breast pad(tiada dlm gambar) pun aku rse mcm must have emergency kit dlm cooler bag. Tapi bab nk sediakan beg ni tak payah tunggu naik keje baru beli. Dalam tempoh berpantang pun aku penah travel. Terasa gak la cmne peningnya nak bwk susu tu cmne.
*bag comel ni payied punya, aku beli dgn dia, comel kan?*
Pengurusan Botol dan Accessories lain
Management pada aku sangat penting. Kang botol semua kotor, tak terurus, nanti kena kuman jangkitan, effect plak pada baby. Aku tgk online shop banyak tengok drying rack cecomel.. Tapi aku sebagai orang yang clumsy, rasanya bakul lagi senang nak organise semua botol-botol, accessories gadget aku tu. Kena rajin basuh semua part2 pump tu on daily basis. Aku penah baca la in between each session tu part pump yg plastic bukan setiap kali guna kena basuh, tapi perlu disimpan dlm fridge bg mengelakkan pertumbuhan bacteria. And aku amalkan skrng. End of the day, baru cuci and sterilise semua part tu. Nah ni tgk cmne aku campak semua benda dlm 1bakul. Hehe
Sokongan moral penting
Baru2 ni ade baca,ibu muda meroyan (postpartum depression) and bunuh diri terjun dari tingkat 10. Kesian betul. Pada pendapat aku, time berpantang ni. Xkira la 44 ke 100 hari ke, sokongan moral dari suami, keluarga amatlah penting. Imagine eh, org sekeliling tak membantu, kt stress, production kurang. Banyak hal wei.. Walaupun mama bangun menyusukan anak tengah malam, abah bangun tolong sendal bantal ke(kdang nak dapat posisi terbaik untuk menyusu susah wei), selimutkan mama baby ke. Xkisah. Sometimes small little things mean everything rite? Alhamdulillah dikurniakan suami yang supportive. So better duduk dikelilingi orang yang positif. Yg negatif tu, bolayan wt buta mata pekakkan telinga.
Buat stock banyak2
Untuk breastfeeding mom, Formula demand vs supply ni kena hafal. So skrng aku amalkan pump sebanyak mungkin. Simpan stok. Walaupun tempoh berpantang ni tempoh recovery and masa untuk berehat, tapi aku xnk lengah tentang stok susu ni. Sebab risau nanti naik keje,stok xcukup. Lagi la kalau2 keadaan yg menjadi kekangan untk aku pump, aku kena keluar kawasan ke, bulan puasa ke.. Now stock susu aku dh nk penuh peti ais umh ni, so kena beli freezer.. Khas untuk susu Nayla. Lepas full bf, mama blh meniaga frozen curry puff. Hahaha~
Kipidap dongibab
Pesanan kepada new mom luar sana. Memang ad masa, ko rasa mcm stress, sakit, penatzz, patah pinggang. Jangan la berputus asa. Kalau ade makcik2 baik hati bg nasihat "anak kamu lapar tu.susu tak cukup. Bagi la nestum,bagi la air beras, tepung beras, ceralex, bagi air masak bagi bilas" hah bilas kedarokk.. Jgn dilayan. Senyum je, cakap "yelah.. Yelah.." sambil angguk dan senyum. Angkat anakko, peluk kuat2. Jangan lepas dari pandangan matako.. Jangan sampai makcik yg baik hati ni menyuapkan apa2 kedalam mulut anakko. Promise??!! Baby hanya minum susu ibu SAHAJA 6bulan pertama. Below aku share sikit keperluan susu untuk tangga umur baby.
Insyaallah apa yg keluar cukup untuk anak kita. Then ingat, Allah dah pasangkan breast kita dengan anak kita, takde istilah anak tak pandai isap. Zaman skrng dah modern, segalanya bisa diatur. "Nak dengan tak nak je cite dia. So mama, lillahitaalla, nekad!" <---- ayat untuk diri sendiri jugak.. Perasaan paling heaven bila anak dara ko sadooo dek kerana minum susu mcm bomba.. Kipidap Nayla.. Ok la Nayla dah jerit, sampai jumpa di post akan datang.. Chill ~~~
**post ni xde kena mengena dengan yang hidup mahupun yang dah tiada. Mama yg bagi anak FM, jangan kecik ati. Ni cuma perkongsian pengalaman sebulan aku and nasihat penguat semangat kepada new mom yang nak fully bf anak. Buang yang keruh,ambil yang jernih. Jangan amik hati. Okbai..
2 comments:
Good sis your coretan..mmg mencabar kan breastfeed..tmbh nnt bile ank dh ade gigi lg mencabar..
Good sis your coretan..mmg mencabar kan breastfeed..tmbh nnt bile ank dh ade gigi lg mencabar..
Post a Comment