Monday, July 25, 2011

130

suka duka sy disini.. a picture of my friends, committee..
they've been more than just 'a friend'..
I got my own.. how about you?
please share with me..

Thursday, July 21, 2011

129

mata dah mengantuk,
cuma ad sesuatu bermain diminda saya..
tadi terfikir kalau lah saya
punya kereta
punya wajah yang cantik
punya pengaruh yang luas
punya DSLR yang hebat
punya... segalanya yg mengujakan mata2 itu
pasti saya punya kawan2 yang happening seperti mereka
sedih tau kadang2, bila
rasa perasaan tersisih
rasa merah muka, malu bila apa nk diluahkan tidak didengari
rasa masa yang tidak dapat diluangkan bersama
rasa kesedihan yang tidak punya tempat untuk diluah
rasa kegembiraa yang menimbulkan iri
aduhai.. hati, kenapa begini?
adilkah dunia meletakkan saya ditempat saya?
apa yang saya ada?
hanya rupa yang tak berapa nak ada
hanya hati yang ikhlas
hanya kesetiaan yang tak berbelah bagi
hanya tekad untuk membahagiakan semua kawan2 dan sahabat yg ada
saya syukur, kerana apa yang saya ada kini,
datang pada saya kerana saya punya semua yang 'hanya' itu...
kerana setiap yang mereka 'punya' tidak akan sentiasa menjadi mereka 'punya'..
dan saya harap, apa yang saya rasa itu tidak hanya sementara...
syukur atas apa yang saya rasa kini... alhamdulillah..

Saturday, July 16, 2011

128

boleh tak nak kata jeles dengan bH sy..?
(yes..! its you darling)
coz dia dapat jalan2, tour kesana kemari..
serata malaysia ye.. Boleh dikatakan seluruh Malaysia..
sape tak cemburu, dia jalan, kite dok rumah..
Kite berjalan, dia berjalan jugak..
bila dia cuti, kita dah naik duty, dak nak naik semester pon..
ish.. iri hati betol..
lepas study, nak balas dendam dengan perasaan iri hati ni..
saya nak travel puas2, bercuti puas2, backpacking puas2..
pegi sana, pegi sini, makan itu, makan ini..
tak cukup 10ribu pic tak kan puas bergambar..
and yg paling penting,
satu masa nanti, bila dah dpt cop dari kadi,
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Saya nak heret bH saya tu skali..
tak kire la ape nak jadi..
so darling...sila la kumpul duit berkoyan2...
JOM KITE BERCUTI...!!!

Wednesday, July 13, 2011

127

nak pegi bercuti..
bile la nak kaya ni..
tak perlu la aku dok ngadap promo airasia ni..
nak pegi bercuti..
nak pegi bercuti..

Sunday, July 10, 2011

126

bila berlaku musibah pada kita,
terasa diri terinaya,
terasa diri dipihak yang benar,
rasa terkesan dengan segala tindakan mereka.
usah berdendam, usah memcaci, usah berpaling muka,
doakan saja kebahagiaan dan kesejahteraan mereka..
tepuk dada tanya iman, akal dan minda,
betulkah ini caranya?
adakah ini jalannya?
tunjukkan aku kebenarannya..
salah atau dosa, biar Allah saja yang menentukan..
siapa kita hendak menghukum..
apa yang aku belajar selama ini,
resamnya memang begitu, so akurkan saja..
semoga Allah kurniakan ketenangan dalam hati2 kita..
aku bahagia lihat kau bahagia...
aku doa kau akan sentiasa bahagia..
semoga kau juga sama..

Friday, July 8, 2011

125

Saat dan ketika itu,
Aku terpandang,
Dan kau pandang aku..
Aku tertunduk malu,
Perasaanku? KOSONG..
Ya! mungkin kita pernah bertemu..
Tapi hanya di titik itu..
Yang satu.. Dah berlalu..
Saat ini ku sedar, terang dan
Ternyata kita berbeza,
Kini, kamu dengan jalan mu,
Aku dengan jalan ku..
Arah tujuan kita berbeza..
Aku dengan hitam merah ku..
Kau dengan putih biru mu..
Cukup setakat itu..

Thursday, July 7, 2011

124

Kasih seorang ayah..
Tadi g kedai motor, service JLW ku itu..
Sedang dok menepek kat bengkel tu,
Ad 2lelaki dtng..
Sorang ayah, sorang anak.. Beli motor..
Si ayah kuar sekepok duit bayar harga down payment motor tu..
Si anak tertunduk malu..
Bila motor nya dah keluar,
si ayah belek motor tu, make sure semua ok..
Aduhai.. Teringat masa abah belikan motor untuk aku dulu..
cash.. lg la terasa.. mengigil2 kira duit..
rasa cm nak nanges pon ada..
rasa mcm nak pelok abah tiap masa..
banyak abah korbankan untuk kemudahan anak2..
Mungkin perasaan si anak ketika ni,
same dengan perasaan aku ketika itu..
Terima kasih abah..

Tuesday, July 5, 2011

123: I love you abah

suatu petang,
abah g dapur amik pinggan,
cedok nasi..
Aku: Aik abah.. baru balik jemputan kawen, lapar lagi?
tak kenyang ke mkn kat majlis tadi?
Abah: takde la.. saje nak makan masakan anak abah..

korang kalo jadi aku, rasa ape? menetes wo air mate..
padahal aku tahu, aku masak bukan sedap sangat..
kentang goreng berlada je..
dia makan dengan penuh selera..
siap cedok nasi tambah lagi..