Tuesday, May 1, 2018

Nota untuk diri sendiri

Salam semua
Sesiapa yang bergelar MENANTU, bersyukurlah kalau kita di sayangi, bersyukurlah kalau kehadiran kita di sanjung tinggi kerana ada sebahagian kawan kita belum tentu sebahagia kita , mungkin ada di antara Kita yang menagis sepanjang waktu  di sebabkan kata-kata , perbuatan yang menyebabkan mereka  mereka terlalu kecewa dan akhirnya lebih memilih menjaga hati sendiri , banyak factor kadangkala menyebabkan perkahwinan anak anak hancur salah satunya KELUARGA ITU SENDIRI

Mertua : JANGAN ADA SIKAP PILIH KASEH
Mertua, mereka ingin di hormati tapi cubalah menghormati kehidupan anak anak menantu, jangan sesekali mencampuri
Ada sebahagian mertua inginkan anak mereka , cucu dan menantu tidak di perdulikanya , ada juga anak menantu kesayangan berikan itu ini di canang kesana –kemari, jagalah hati anak-anak yang kurang mampu, walaupun sekampit berat atau sekilo gula diberikan bersyukurlah itu kemampuan anak dan menantu anda anda, kadangkala penipulah anak menantu tak terasa hati kalau di bezakan yang ANAK MENANTU KESAYANGAN berikan GELANG  EMAS , BULAN-BULAN BERIKAN DUIT BELANJA beratus2, sedangkan anak menantu ni sekadar buat keje kampong TAK TERASA HATI MEREKA ???
MENANTU mungkin tak meluahkan tapi di hati mereka hanya tuhan sahaja yang tahu , MERTUA menantu bukan mengharapkan anda memberikan mereka kemewahan tapi cukuplah berlaku dengan adil dan menerima mereka seadaanya , kadangkala dengan(cucu)  darah daging sendiri pun berkira , MERTUA yang anda pilih kaseh dan berkira itu adalah darah daging anda sendiri , bukan orang lain , INGAT MERTUA ,bila MENANTU dah berubah hati , tawar hati mereka tidak akan menjadi orang yang sama lagi , yang tingal perasaan HORMAT sahaja kepada anda

Ipar duai :
cukup untuk menjaga diri dan keluarga anda , jangan sesekali mencampuri kehidupan adik beradik yang berkahwin , kalau campur tanggan itu membawa kedamaian dan tanpa ada sengketa ALHAMDULILLAH , tapi jika campur tanggan itu membawa kehancuran perhubungan adik beradik dijauhkan , setiap adik beradik kita dan pasangan ada cara mereka sendiri untuk keluarga mereka , jangan cuba aturkan kehidupan mereka , HORMAT SETIAP KEPUTUSAN MEREKA, INSHALLAH KEBAHAGIAN BERSAMA


Biras
 yang jenis yang suka mengampu mertua, ipar duai
SILAKAN  tapi ingat jangan menyebabkan mertua dan ipar2 yang lain membenci  MENANTU/ BIRAS  hanya sebab sikap kita , kita nak menjadi menantu kesayangan ke ?? anak kita nak di tatang setinggi gunung sekali pun silakan jangan sampai merosakan PERHUBUNGAN MERTUA, IPAR DUAI DENGAN MENANTU /BIRAS YANG LAIN, jenis yang suka megampu nie dia tak suka orang yang jenis lebih dari dia , dia tak suka perhatian yang dia dapat , dapat dekat orang lain INGAT tu adalah sifat BUSUK HATI ,
SEPATUTNYA sesama orang luar kene sama-sama melengkapi ahli keluarga , sekiranya ada salah faham di antara biras  dengan keluarga atau adik beradik ipar , kita cuba untuk menasihatkan antara satu sama lain , jangan jadi JARUM

#dalamkeluargajanganadakaki
#JARUM

anak,menantu bergaduh kadangkala dari sifat campurtanggan keluarga

adik beradik bergaduh bermasam muka terhasil dari sifat cucuk mencucuk , selalu mendengar cerita sebelah pihak dri kalangan adik beradik sendiri

kalau kita inginkan keluarga yang bahagia, adik beradik yang saling menyayangi cubalah perbaiki diri kita sendiri , layanan kita terhadap orang lain dan drh dging kita sendiri

Sunday, March 25, 2018

Rumah Baru: Langsir

Hi. Salam.

bertemu kita kembali setelah NJ lama dah tak menulis. saja nak tulis post kali ni buat rujukan anak2 muda nak buat langsir kat rumah baru. urusan langsir kali ni di bantu oleh Interior Designer Zack dari Olivia Design. abg Zack ni bagus dia bg advice. and dia guide kita tak sellfish. dia bg service, refer kt bg NAGOYA beli kain follow measurement dia bagi kat sales girl je. diorng akan settlekan semua. NAGOYA siap jahit, Abg Zack akan ambil and pasang kat rumah kite.

Step 1:
Kenali ukuran tingkap rumah anda. boleh ukur sendiri atau panggil interior designer pg ukur. kalau NJ, ade interior designer pg ukurkan. dia bagi option  pakej. curtain Railing + Curtain or Curtain Railing sahaja. 

Step 2:
Decide nak beli langsir ready made, atau nak pg tempah. Dari segi costing, personally NJ rasa tempah dgn beli sendiri lebih kurang sama je harga nya.

NJ decide nak beli ready made. so nak beli ready made. kena hati-hati. ni paling mencabar bila u kena convert measurement dlm inch(dr ID), ke cm(standard size IKEA/SSF). kali ni nak feeling2 membelibelah konon2.

Tips 1 - Once received measurement dari interior designer, KEEP RECORD measurement tu. coz next time nak ganti langsir dah tak gelabah nk buat measurement lg.

Tips 2 - Any window facing road, beli la black-out type, with day curtain.

Tips 3 - Any bedroom window MUST have day curtain, tak semesti ade black-out, night curtain pun blh. meaning double layer tp tak gelap sangat. lagi2 kalau kita nak jaga aurat tkt berbayang. even ade tinted pun mama seram.

Tips 4 - Ready made curtain selalunya standard height dia 250 cm = 98.42 inch = 8ft+, so mana2 yg high ceiling area, jgn berangan nak ready made, go for custome made.

Tips 5 - kalau beli ready made, nak selamat, pengiraan lebar tingkap tu, ganda dua untuk lebar langsir. so ropol dia, bila dh masuk cangkuk akan sedang elok. eg: Lebar tingkap 56"@142.24cm, so lebar langsir kena 56" X 2. kalau beli ready made 140cmX 2 pcs dah cun la tu. 

Bawah ni sample measurement tingkap2 rumah NJ. total ade 6 tingkap:

1) kitchen (kami nak pkai blind)- custom made/ready made belum decide lagi

2) tingkap Living Area (3 sliding panel) 
99” (Height) X 95" (Width) @ 251.46cm X 241.3cm
Beli IKEA ready made, Black-out 2 pair, day curtain 2 pair. Black-out dia Kami Beli IKEA ready made 1 pair tp ropol2 dia tak gebu. so advice untuk tingkap ni beli 2 pair, so 4 keping, baru ropol dia cun melecun. 

3) Dining area/Future Bedroom 4 (3 sliding window) 
99” (Height) X 80" (Width) @ 251.46cm X 203.2cm
Beli IKEA ready made, Day curtain 1 pair. sedang elok size lebar and tinggi.

4) Bedroom 3 (1 panel Small Window) 
99” (Height) X 28" (Width) @ 251.46cm X 71.12cm
Bilik Nayla ni nenek beli Hello Kitty. ntah size apa so dia senteng pelik. nasib dia ada 2panel, so kami sambung bawah dia bagi panjang smart sampai ke lantai.

5) Bedroom 2 (2 sliding window) 
99” (Height) X 56" (Width) @ 251.46cm X 142.24cm
Beli SSF ready made. 2pcs Day and 2 pcs Night curtain. sedang elok size lebar dan tinggi.

6) Master bedroom (3 Sliding window) 
112"(Height) X 100" (Width) @ 284.48cm X 254cm
disebabkan master bedroom kami height ceiling, kena la custome made curtian dia ni. 

IKEA Curtain Standard Size
250cm (Length) x 145cm (Width)
Usually jual 1 pair. ade kiri and kanan. 

SSF Curtain Standard size
250cm (Length) x 140cm (Width)
250cm (Length) x 250cm (Width) 
Usually jual by pcs. so kena beli 2 pack la. kelebihan untuk tingkap kecik boleh beli 1 pcs terus. tingkap besar boleh beli 3 pcs. 

ada yang tanya. total cost for semua langsir arrangement. almost RM1,000.00 for fabric only. railing interior designer sponsor, ikut harga kami survey, dekat RM500 jugak tu harga dia but i only pay RM200.00 for service charge. hehe. syukur alhamdulillah rezeki.

btw process mengurus rumah baru ni memang complicated la. kena detailing and planning kena ngam dgn budget. timming pun kena ngam2. dahulu kan apa yg penting dulu. kami pun tak selesa nak pindah kalau tak ada langsir lagi.

so decide walaupun katil tak ada, langsir penting kena beli dulu. till we meet again next post. more new home preparation post coming up. feel free to comment below and proposed la tajuk next post. you all nak tahu tentang apa? NJ try tulis and share some from my point of view. bye

Monday, June 13, 2016

Cara Memohon RMMJ

Sebelum korang baca ni, nak buat tuntutan sikit. bawah ni semua pengalaman peribadi aku, ada sikit2 info dari website. OK! let start. mula2 nak mohon rumah mampu milik ni kena kenal pasti kawasan mana korang nak duduk. pasir Gudang? Gelang Patah? Nusajaya? kalau nak tengah bandar Johor Bahru imposible la kan nak ad landed house lg. so know yourself. Kalau aku, kami decide nak settle down/beli rumah area Pasir Gudang, so pemaju yg ade buat rumah mampu milik ni Scientex, Sime Darby and Layangkasa(PR1MA) so aku aim kat Scientex Pasir Gudang, diorng ade yg PKJ(B) and RMMJ tu. kawasan lain kena rujuk pemaju la k.

Bawah ni jenis rumah yg ditawarkan mengikut kelayakan gaji.
1.       Rumah Komuniti Jenis B (PKJ B)
       Harga Rumah : RM 80000.00 Had Maksimum Pendapatan : RM 5000.00
2.       Rumah Mampu Milik Johor Dan Kedai Kos Sederhana Rendah (RMMJ)
      Harga Rumah : RM 150000.00 - RM 220000.00 Had Maksimum Pendapatan : RM 8000.00
Projek Rumah Mampu Milik Johor.

****UPDATE INFO DARI FB: bawah ni list pemaju yang buat RMMJ dan mukin/Lokasi nya*****
DENAI NUSANTARA
No Fail : SUKJ.P.709RMMJ/02/17
Lokasi : TANJUNG KUPANG, JOHOR BAHRU
Bangunan : PANGSAPURI

TAMAN SCIENTEX PASIR GUDANG
No Fail : SUKJ.P.709RMMJ/02/16
Lokasi : PLENTONG, JOHOR BAHRU
Bangunan : RUMAH TERES 2 TINGKAT

TAMAN MOLEK, MK. PLENTONG, JOHOR BAHRU
No Fail : SUKJ.P.709RMMJ/02/06
Lokasi : PLENTONG, JOHOR BAHRU
Bangunan : PANGSAPURI

TAMAN MENGKIBOL, KLUANG
No Fail : SUKJ.P.709RMMJ/03/01
Lokasi : KLUANG, KLUANG
Bangunan : RUMAH TERES 2 TINGKAT

#rmmj #rumahmampumilikjohor #rumahmampumilik.
Untuk peringatan permohonan ni kena ONLINE sahaja , tak ada borang bercetak(isi pakai pen)  system SUK berubah2 and masa aku mohon dulu aku isi online, print borang, chop Pesuruhjaya sumpah, dlm masa 14hari kena submit document, diorng kate tempoh diam tu 6 bulan pertama jgn expect la diorng akn proses document kt. after 6 month baru la check online status permohonan aku tu. baru la boleh dikatakan masuk dalam senarai menunggu. dari PERMOHONAN BARU> DIPROSES> LULUS> SIJIL DICETAK (mcmtu la secara kasarnye. aku xtahu berapa stage SUK ni) so yg aku terangkan bawah ni system yg aku lalui dulu. Bezanya bila nk submit document je. Dulu hntr dlm masa 14hari. Sekarang hantar bila SUK suruh hantar.

Berikut adalah syarat-syarat permohonan RMMJ. Sila baca sebelum memohon.
1.       Warganegara Malaysia, menetap selama 5 TAHUN di Negeri Johor dan berumur 18 tahun keatas dengan pendapatan kasar bulanan tidak lebih daripada RM8,000 pendapatan kasar bulanan.
2.       Berkahwin / bujang layak memohon. Hanya satu permohonan bagi pasangan suami/isteri. Manakala permohonan isteri kedua dan seterusnya perlu menggunakan nama isteri sebagai pemohon.
3.       Pemohon/pasangan yang telah memiliki RKR selama 5 tahun ke atas layak memohon rumah kedua iaitu PKJ B
4.       Pemohon/pasangan yang telah memiliki RKR/RKSR/PKJ A/PKJ B boleh memohon RMMJ
5.       Pemohon/pasangan yang telah memiliki rumah kos sederhana/mewah TIDAK LAYAK memohon
6.       Semua DOKUMEN SOKONGAN berserta SURAT AKUAN SUMPAH hendaklah di HANTAR SENDIRI ke kaunter SUK Bahagian Perumahan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh pendaftaran. Sekiranya melebihi tempoh tersebut, permohonan akan LUPUT/BATAL
7.       Semua DOKUMEN SOKONGAN & SURAT AKUAN SUMPAH yang dikirim melalui POS TIDAK AKAN DITERIMA.
8.       Pemohon hendaklah membawa kad pengenalan ASAL semasa membuat pembayaran.

Cara Buat Permohonan&Pendaftaran:
Langkah 1: Individu atau pemohon hendaklah mendaftar akaun baru sekiranya masih belum mempunyai akaun. Sila daftar di  APPLIKASI PENDAFTARAN
Langkah 2: Login ke akaun SUKJ, kemaskini akaun dan maklumat peribadi yang betul dan tepat.
Langkah 3: Pilih Mukim dan ketegori rumah dan hantar permohonan
Langkah 4: Hanya pemohon yang layak sahaja akan diberi pemberitahuan serta membawa dokumen bagi tujuan penawaran rumah mengikut pembangunan projek.

Informasi Penting:
Semakan Permohonan - SEMAKAN
Soalan Lazim FAQ Permohonan RMMJ - Klik FAQ
Manual Pengguna - Klik eRumah

Dokumen sokongan (Hantar bila SUK dah hubungi korang bgtau suruh hantar):
1. IC diri sendiri+pasangan(jika ada)
2. Surat beranak diri sendiri+pasangan(jika ada)
3. Sijil nikah(jika berkahwin)
4. Slip gaji 3 bulan
5. Print statement KWSP **kena pg EZ RHB kat kipmart/tesco/Mydin Seri Alam ade, pg kaunter dia mintk aktifkan 6digit PIN untuk register online. Then pg website https://secure.kwsp.gov.my/secured/member/login/ click bahagian ‘Pengaktifan i-Akaun (Login Kali Pertama)’untuk create new login account KWSP. So next time blh login kat website KWSP untk view statement KWSP.
6. Surat pengesahan majikan (ni ckp je dgn HR nak mintk surat pengesahan majikan untk beli rumah)- pastikan ade tarikh sah jawatan, ade nama jawatan, nama penuh and IC korang &ada gaji pokok lg bagus.
7. kalau BUKAN ORANG JOHOR. sertakan bukti dah bermastautin di Johor 5 tahun keatas. 

**Sediakan document dan buat Salinan paling kurang 2copy, pastu pg cop pengesahan salinan dgn ketua kampong. 1salinan- SUK, 1salinan-pemaju, 1salinan- simpanan diri sendiri(penting ni kalau ape2 jadi ade rujukan)

INFO PENTING DARI AKU:
  • Masa isi online, pilih MUKIM yang rumah korang nak tu dibuat: Ni kena rujuk pemaju la diorng mukim mana, sebab aku bace comment org kt FB, diorng mohon bertahun xdapat feedback dari SUK, yela, korg mohon mukim yg xde pembangunan RMMJ ye mmg kena tunggu lama la. TUNGGU SAMPAI MUKIM TU BINA RUMAH MAMPU MILIK.
  • Berhubung rapat dengan pemaju dengan penuh sopan santun: Mohon online, pastu xrujuk nama korang pg kat pemaju, cmne pemaju nak rujuk pd SUK nama org yg berminat dgn rumah mereka.(ni personal view aku jela, mcm campah benik pokok dlm sungai, ntah tepi tebing mana pokok ko nak tumbuh pun tak tahu lokasi. silap2 hanyut tak tumbuh-tumbuh)
  • Cari rumah ni memang proses paling menguji jiwa ko. aku ni dah sampai nak buang phone number yg register dgn SUK tu. last minute dapat call permohonan lulus. rezeki. so kuncinya sabar. rajin2 la pg pameran diorng, berkenal dgn pegawai2 kerajaan ni, bkn nk kata buat mcmni untuk korupsi, tp at least bila kenal, dia review permohonan korg, eh mcm kenal nama ni. kan kan kan kan.. (korg sambung sendiri la, baik korang buat, baik la dapat dan sebaliknya) tang undertable2 korang jangan tanya aku. aku setakat ni permohonan bersih, selain dari dok call2 SUK& pemaju tanye status permohonan aku je.
  • Rumah Mampu Milik Johor Tidak Boleh Jual Dalam Tempoh 5 Tahun, jangan cari pasal mohon2 dah dapat plan nk jual dapat keuntungan. buat naya.
Cara Hubungi:
Bahagian : Bahagian Perumahan.
Alamat: Bahagian Perumahan, Aras 1, Bangunan Dato' Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, 
79503 Nusajaya, Johor
Email: erumah@johor.gov.my
Telefon: 07-2666260 / 07-2666261

Waktu Bekerja:
Ahad - Rabu - 8.00am to 5.00pm
Khamis - 8.00am to 3.30pm
Jumaat- Sabtu - Tutup

Senarai Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor Cawangan Perumahan:
Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (Bahagian Perumahan)

1. Bahagian Perumahan ( Cawangan Muar)
d/a Majlis Perbandaran Muar
84000 Muar, Johor.

2. Bahagian Perumahan ( Cawangan Batu Pahat)
d/a Pejabat Daerah Batu Pahat
83000 Batu Pahat, Johor.

3. Bahagian Perumahan ( Cawangan Kluang)
d/a Pejabat Daerah Kluang
86000 Kluang, Johor.

4. Bahagian Perumahan ( Cawangan Segamat)
No 1G, Rumah Pangsa Segamat,
Jalan Dato’ Wan Idris,
85000 Segamat, Johor.

5. Bahagian Perumahan ( Cawangan Mersing)
d/a Pejabat Daerah Mersing,
Jalan Ibrahim,
86800 Mersing, Johor.

Sape yang belum mohon, pg la mohon. Pokoknya diri sendiri. kalau NANTILAH, sampai bila2 la NANTILAH. Semoga mereka yang layak akan berjaya dalam Permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Johor Online (RMMJ) ini. aku mohon maaf kalau bahasa kasar. kbai.


Sunday, June 5, 2016

Rumah Impian perlukan usaha


Salam, jumpa lagi kite. Sebab dah ramai sangat PM tanye pasal Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) yang kami dapat tu. so ni nak create blog post berceloteh sikit la pasal proses permohonan rumah kami.

Lepas je kami bernikah, aku terpanggil nak cari rumah. cerita dia dok review list target hidup kami, dah target once baby lahir kami nk beli Rumah, sampai bila nk hidup menumpang kan, bila2 masa je blh disuruh keluar.
2014- Bernikah -- DONE 13/12/2014
2015- Get Pregnant and kebaboomm lahir la Nayla -- DONE 03/10/2015
2016- Beli Rumah-- kami ambil step awal 28/01/2015 kami mohon RMMJ
2017- Insyaallah pindah rumah baru, boleh la tambah adik2adik Nayla #eh

Pegi gatal2 isi borang online kat  http://erumah.johor.gov.my/ePerumahan/home/index.htm
kena submit document ke SUK dlm masa 14hari cmtu. segala salinan document kena disahkan oleh pegawai kelas-A aku pg mintak ketua kampung mengesahkan. punya la xsempat masa nak sedia semua document, permohonan pertama tu dh tamat tempoh. so aku ambil keputusan, sediakan semua document yg dah disahkan, baru la isi online lagi skali, print borang, cop persuruhjaya sumpah, kami pg SUK UTC dah dapat resit, semua salinan borang+document+resit fotostat 2 copy, 1 bg pemaju,1 simpanan buat rujukan sendiri. (ni aku rasa system terbaru kena isi online je pastu tunggu SUK panggil baru submit documen, better korang pg pejabat pemaju, mereka akan bg guideline mcmana nk mohon and nk uruskan mcmana)

Meh nak cite. kerajaan Negeri Johor sedang berusaha Kearah setiap rakyat Johor mempunyai rumah sendiri. Syarat pemohon seperti dalam gambar kat bawah. rajin2 la berlegar2 kat website dia. banyak info. So mari la kite gunakan sebaik mungkin kemudahan atau keistimewaan yang diberi.



Kalau nak dapat more information on the house blh pg developer. ni link scientex website blh usya2 http://www.scientex.com.my/web/property/pg-pkjb.aspx and http://www.scientex.com.my/web/property/pg-rmmj.aspx



Alhamdulillah sijil kami dikeluarkan 24/02/2016, selepas macam2 dugaan Ups and Downs menanges, mcm nk putus asa, tapi Allah maha berkuasa, Rezeki kami tanggal 4/6/2016 sehari lepas Nayla genap 8 bulan rasminya kami sign SPA dan loan agreement, di Show Village Scientex Pasir Gudang. di bantu oleh Lawyer dari Firm KK Lim.


fuhh 2 jam jugak la sign semua document, SPA, dah Loan agreement. alhamdulillah kami ambil 100% loan dr BSN Skim Belia. Dari segi legal fees kami kena byr Legal fees for Loan Agreement RM3K+ Legal fees for SPA RM1.5K+, TOTAL?? pecah kepala mane nk cekau RM5,5XX.XX (PM tepi kalau nak tgk invoice) . Alatan2 lain, removate lagi? Nanti kalau ade kesempatan, aku buat final post list semua perbelanjaan pembelian rumah ni. Set dalam kepala, insyaallah ade rezeki kat mane2 boleh bayar semua tu. Actual design rumah ni 18' X 60' land size and build-up are 1080 sqft.. agak ok la untuk keluarga yang nak mula hidup. ade 3 bilik tidur, 2 bilik air. Ruang Keluarga kat tingkat atas pun agak besar.


Aku berangan nak renovate jadi cmni.. ade sebab2 tertentu kami insist nak tambah bilik bawah salah satunya both parents kitorng kaki dah tak kuat nak turun naik tangga, hope mereka happy la dtng rumah kami ada bilik bawah untuk rehat2..ruang tamu dan ruang makan sekali, kawasan memasak kat dapur tambahan tu tak besar mane, boleh la untuk aku yang tak berapa pemasak ni. and ingat nak letak 1 lagi meja makan kat area tu, kalau setakat kami ber-3 mkn kat dapur jela, meja kat dining depan tu xusik. ade bilik Laundry khas, Ruang Keluarga atas tu berangan nak letak 1 corner PS2 abah. kami decide 1st step memang renovate tambah belakang, perabot next year blh, hrap maaf la pd tetamu yg mula2 dtng kena duduk bawah.
Pesanan buat semua kenalan, korang mohon la. sediakan document elok2. RMMJ, PKJ B, PR1MA ni semua usaha kerajaan untuk rakyat (tak corrupt2 tu xmo cite sini) and proses ambil masa. dapat tak dapat at least kt usaha, bila nama dh ad dlm system, kita dah queue. ade org kata aku loan rumah xlepas lagi la.. aku blom ade bini/laki xmo la beli rumah dulu. buttt... benda2 kerajaan ni serious ambil masa, mungki ntahun ni gaji kite ciput, mana tahu by the time permohonan diluluskan, sijil keluar gaji dh besar. 

Masa aku mohon dulu bodoh2 simpanan xde, suami xde keje tetap, kami lurus tegak je tutup telinga lantak ape orang kata kat aku. mohon je! and kunci dia FOLLOW-UP! aku dok kejar2an dengan SUK and pemaju. sampai mereka ingat nama aku ( -_-" kot) yela makin tahun gaji makin ade increment, silap hari bulan masa dapat tu household income aku dgn suami dh lebih.

so korang jgn under estimate diri sendiri, percaya pada kuasa Allah, ade jalan ni gunakan sebaik mungkin. Mohon! tak duduk xpe. sebab property makin mahal. kite kena kumpul aset. ah aku bebel banyak pun ade orang degil pun xmohon and follow-up jugak. wallahualam. terpulang. kita khalifah Allahhanya mampu berusaha, doa dan tawakal kepada Allah.

well itu jela berangan dan bebelan kali ini. sape2 nak PM aku, tahu kan nak cari aku kat mane? ape2 info aku mampu share aku share. sampai jumpa lagi di blog post akan datang. Mohon semua doakan angan2 kami memperindahkan teratak comel kami dipermudahkan, dikurniakan rezeki cukup untuk laksanakan semua nya. insyaallah amin. 

Tuesday, May 17, 2016

Name list



NAYL (نيل) / NAYLA (نيل) - PENCAPAIAN (sebut nai l/nai la)
NAAFIDZ / NAAFIDZA - YG EFEKTIF (sebut na fidz/na fi dza)
NAJLA - YG BAIK KETURUNANNYA
NAJLAA' - YG BERMATA CANTIK (sebutan naj laak) (نجلاء)
NADHRA - KECANTIKAN/KEINDAHAN (نضر)
NAURA / NAWRA - CAHAYA/BUNGA ( نورا )
NAZHRA / NAZHRAN - PANDANGAN/PENGLIHATAN
NAUFI / NAWFI - KETINGGIAN KU (نوفي)
NUURA / NURA - CAHAYA ( نور )

ADZKIYAA' - YANG BIJAK (sebut adz ki yaak) (أذكياء)
AFKAAR - PEMIKIRAN (أقكار)
AFRA - YG RAJIN/YG AKTIF (أفر)
`ADRA (عدر) / `ADRAN / `ADRIN (عدر) - KEBERANIAN
`ADRAH - KEBERANIAN
`AUN / `AUNA - YG MEMBANTU/YG MENOLONG (sifat)
`AUN / 'AUNA - PERTOLONGAN (terbitan)
`AZYA - KESABARAN (sebut az ya)
ADHWAA' - CAHAYA (sebut adh wak) (أضواء)
ADNAA - YG LEBIH HAMPIR (أدنى)
ADRAA - MENGUASAI (ادرا)
ADWA - YG MENGUBATI / YG MENYAKITI
ALYA (ألي) / ALYAN - NIKMAT (sebut al ya/al yan)
ARIN (أرن) / ARINA (أرنة) - YG RAJIN
ARNAA - YG MEMPESONA
ARYA (أري) / ARYAN (أري) - MADU (sebut ar ya/ar yan)


AN NA AN NA


Andd the list goes on and on and on.. #MamaBerangan

Nuruljannahbadrul@gmail.com

Saturday, April 16, 2016

Biras Beras

Rasa terpanggil mengabadikan Quote ni kat blog. buat peringatan aku ade 2 adik lelaki. and buat semangat menghadapi masa depan. Resam kehidupan tak semua orang suka ape yang kita suka, tak semua orang suka kita. tapi 1 thing kena ingat, org tak suka?ramai lagi orang yang suka kita. hahaha. btl kan.. so let it be. lantak pi org nak kata apa. yang penting jaga suami baik2,jaga anak, jaga diri. kejar keredhaan Allah swt. pengiktirafan manusia ni takkan bawa kita kemana-mana. orang nak kutuk ke umpat kite biar la dia dgn dosa dia. dgn hati busuknya. sikit pun tak kurangkan duit dalam bank kita.



"Ada 4 adik lelaki dan bakal ada 4 ipar pompuan. Selalu pegang kata bonda, "walaupun kita kakak, jgn pernah masuk campur rumah tangga adik2.. Mana depa pegi, apa depa beli, bila depa nk balik. Masing2 dah besar panjang dah boleh pk apa yg baik dan apa yg tak. Dapat ipar2 rajin itu rezeki. dapat ipar2 malas jgn di hina di umpat,  Allah dah buat pasangan tu elok antara satu sama lain. Mungkin itu yg terbaik utk adik kita. Buruk ipar sini jgn di cite pada ipar sana. Marah pada ipar sini jgn di jaja pd ipar lain. Pokoknya, jgn ada jurang antara kita dan dia. Aku adalah anak dan kau adalah menantu. Jgn pernah sebut "kau org luar" pd ipar dan ank menantu." Ingat sampai mati. ☝ 🏻️-
Alin Edy's Facebook


Thursday, November 5, 2015

Breastfeeding Journey

Dh sebulan aku melahirkan Nayla. Alhamdulillah dikurniakan rezeki fully breastfeed Nayla. Semoga Allah kurniakan kami rezeki untk Nayla ni sampai at least umur dia 2 tahun. Sape yg kenal aku, tahu la. Sejak dr masa bujang lagi aku memang minat study psl breastfeeding ni. Pada dasarnya nampak mcm senang. Theoretically dah tahu. Practically??  Mencabar.. Tu je aku dpt gambar kan permulaan journey ni.. Along the journey, aku rasa bnyk lagi theory yg aku baru pelajari. So, post ni ditulis. Nak mengingatkan aku perjalanan menyusukan Nayla mcmana. Buat baja semangat aku next baby nanti. Below ade some issue yg aku hadapi sebulan ni. Buat dlm sub topic senang nak celoteh. Enjoy~

Nipple crack
Sebab tu cakap,nak breastfeed anak kena kental fizikal mental. Paling menguji aku rasanya Nipple crack? Aku rse nk gambarkan sakitnya tu, mcm nipple tu dah nak terputus dari tapak nya. Subhanallah agak masa aku baby dulu mcmni aku kejekan mak aku.. Kau nak bg susu kat anak. Dlm masa yg sama nk tarik nipple tu dr mulut dia. Wei menitik air mata. 
So future mama sekalian, bersedia. Aku guna nipple cream Medela, mengagau la wei dlm pantang paksa suami g cari kat farmasi. Rasanya nipple cream must have item la. So sebelum bersalin lg beli la. Sementara nak elokkan nipple crack tu, aku nekad pump banyak2, abah Nayla feed Nayla pakai botol. And some tips dari nurse KK, susu dr kiri sapu ke nipple kanan, susu dr kanan sapu ke nipple kiri, then keringkn dulu baru tutup.  Selamat mencuba.


Gadget penting (Medela freestyle)
Aku rasa pump pun memainkan peranan penting dalam proses ni. Just imagine kalau manual, ko lenguh tangan berejam, susu sikit je keluar. Stress, production pun merudum. Banding beli auto, sambil pump sambil main Facebook,  tahu2 je belum 10minit dah 5oz sebelah. Heavennn~ but hal breastpump ni, terpulang masing2 la nak guna jenis apa. Tp aku nekad beli electric double pump. And brand Medela freestyle ni dah well known prestasi nya. 
Bnyk dpt comment dr officemate aku, bagus. So nekad wei beli. Sejak dpt tahu pregnant je, aku join skim 'kutu' di website www.mamapanda.com. Bulan2 bayar,  tiba masa dapat breastpump nya. 6 bulan byr, tak terasa sangat kan.. Almaklum, beriban wei menatang penyedut ni.. So far puaszzz hati..


Cooler bag dan Accessories
Bagi working mom, xblh elak la dr sediakan cooler bag ni. Siap siaga menyumbat segala gadget, accessories yg ade. Gunting, marker untk mark tarikh stock, masking tape(untk marking tampal kat botol), tisu, extra storage bag, breast pad(tiada dlm gambar) pun aku rse mcm must have emergency kit dlm cooler bag. Tapi bab nk sediakan beg ni tak payah tunggu naik keje baru beli. Dalam tempoh berpantang pun aku penah travel. Terasa gak la cmne peningnya nak bwk susu tu cmne. 
*bag comel ni payied punya, aku beli dgn dia, comel kan?*


Pengurusan Botol dan Accessories lain
Management pada aku sangat penting. Kang botol semua kotor, tak terurus, nanti kena kuman jangkitan, effect plak pada baby. Aku tgk online shop banyak tengok drying rack cecomel.. Tapi aku sebagai orang yang clumsy,  rasanya bakul lagi senang nak organise semua botol-botol, accessories gadget aku tu. Kena rajin basuh semua part2 pump tu on daily basis. Aku penah baca la in between each session tu part pump yg plastic bukan setiap kali guna kena basuh, tapi perlu disimpan dlm fridge bg mengelakkan pertumbuhan bacteria. And aku amalkan skrng. End of the day, baru cuci and sterilise semua part tu. Nah ni tgk cmne aku campak semua benda dlm 1bakul. Hehe


Sokongan moral penting
Baru2 ni ade baca,ibu muda meroyan (postpartum depression) and bunuh diri terjun dari tingkat 10. Kesian betul. Pada pendapat aku, time berpantang ni. Xkira la 44 ke 100 hari ke, sokongan moral dari suami, keluarga amatlah penting. Imagine eh, org sekeliling tak membantu, kt stress, production kurang. Banyak hal wei.. Walaupun mama bangun menyusukan anak tengah malam, abah bangun tolong sendal bantal ke(kdang nak dapat posisi terbaik untuk menyusu susah wei), selimutkan mama baby ke. Xkisah. Sometimes small little things mean everything rite? Alhamdulillah dikurniakan suami yang supportive. So better duduk dikelilingi orang yang positif. Yg negatif tu, bolayan wt buta mata pekakkan telinga.


Buat stock banyak2
Untuk breastfeeding mom, Formula demand vs supply ni kena hafal. So skrng aku amalkan pump sebanyak mungkin.  Simpan stok. Walaupun tempoh berpantang ni tempoh recovery and masa untuk berehat, tapi aku xnk lengah tentang stok susu ni. Sebab risau nanti naik keje,stok xcukup. Lagi la kalau2 keadaan yg menjadi kekangan untk aku pump, aku kena keluar kawasan ke, bulan puasa ke.. Now stock susu aku dh nk penuh peti ais umh ni, so kena beli freezer.. Khas untuk susu Nayla. Lepas full bf, mama blh meniaga frozen curry puff. Hahaha~


Kipidap dongibab
Pesanan kepada new mom luar sana. Memang ad masa, ko rasa mcm stress, sakit, penatzz, patah pinggang. Jangan la berputus asa. Kalau ade makcik2 baik hati bg nasihat "anak kamu lapar tu.susu tak cukup. Bagi la nestum,bagi la air beras, tepung beras, ceralex, bagi air masak bagi bilas" hah bilas kedarokk.. Jgn dilayan. Senyum je, cakap "yelah.. Yelah.." sambil angguk dan senyum. Angkat anakko, peluk kuat2. Jangan lepas dari pandangan matako.. Jangan sampai makcik yg baik hati ni menyuapkan apa2 kedalam mulut anakko. Promise??!! Baby hanya minum susu ibu SAHAJA 6bulan pertama. Below aku share sikit keperluan susu untuk tangga umur baby.
Insyaallah apa yg keluar cukup untuk anak kita. Then ingat, Allah dah pasangkan breast kita dengan anak kita, takde istilah anak tak pandai isap. Zaman skrng dah modern, segalanya bisa diatur. "Nak dengan tak nak je cite dia. So mama, lillahitaalla, nekad!" <---- ayat untuk diri sendiri jugak.. Perasaan paling heaven bila anak dara ko sadooo dek kerana minum susu mcm bomba.. Kipidap Nayla.. Ok la Nayla dah jerit, sampai jumpa di post akan datang.. Chill ~~~



**post ni xde kena mengena dengan yang hidup mahupun yang dah tiada. Mama yg bagi anak FM, jangan kecik ati. Ni cuma perkongsian pengalaman sebulan aku and nasihat penguat semangat kepada new mom yang nak fully bf anak. Buang yang keruh,ambil yang jernih. Jangan amik hati. Okbai..