Sunday, June 5, 2016

Rumah Impian perlukan usaha


Salam, jumpa lagi kite. Sebab dah ramai sangat PM tanye pasal Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) yang kami dapat tu. so ni nak create blog post berceloteh sikit la pasal proses permohonan rumah kami.

Lepas je kami bernikah, aku terpanggil nak cari rumah. cerita dia dok review list target hidup kami, dah target once baby lahir kami nk beli Rumah, sampai bila nk hidup menumpang kan, bila2 masa je blh disuruh keluar.
2014- Bernikah -- DONE 13/12/2014
2015- Get Pregnant and kebaboomm lahir la Nayla -- DONE 03/10/2015
2016- Beli Rumah-- kami ambil step awal 28/01/2015 kami mohon RMMJ
2017- Insyaallah pindah rumah baru, boleh la tambah adik2adik Nayla #eh

Pegi gatal2 isi borang online kat  http://erumah.johor.gov.my/ePerumahan/home/index.htm
kena submit document ke SUK dlm masa 14hari cmtu. segala salinan document kena disahkan oleh pegawai kelas-A aku pg mintak ketua kampung mengesahkan. punya la xsempat masa nak sedia semua document, permohonan pertama tu dh tamat tempoh. so aku ambil keputusan, sediakan semua document yg dah disahkan, baru la isi online lagi skali, print borang, cop persuruhjaya sumpah, kami pg SUK UTC dah dapat resit, semua salinan borang+document+resit fotostat 2 copy, 1 bg pemaju,1 simpanan buat rujukan sendiri. (ni aku rasa system terbaru kena isi online je pastu tunggu SUK panggil baru submit documen, better korang pg pejabat pemaju, mereka akan bg guideline mcmana nk mohon and nk uruskan mcmana)

Meh nak cite. kerajaan Negeri Johor sedang berusaha Kearah setiap rakyat Johor mempunyai rumah sendiri. Syarat pemohon seperti dalam gambar kat bawah. rajin2 la berlegar2 kat website dia. banyak info. So mari la kite gunakan sebaik mungkin kemudahan atau keistimewaan yang diberi.



Kalau nak dapat more information on the house blh pg developer. ni link scientex website blh usya2 http://www.scientex.com.my/web/property/pg-pkjb.aspx and http://www.scientex.com.my/web/property/pg-rmmj.aspx



Alhamdulillah sijil kami dikeluarkan 24/02/2016, selepas macam2 dugaan Ups and Downs menanges, mcm nk putus asa, tapi Allah maha berkuasa, Rezeki kami tanggal 4/6/2016 sehari lepas Nayla genap 8 bulan rasminya kami sign SPA dan loan agreement, di Show Village Scientex Pasir Gudang. di bantu oleh Lawyer dari Firm KK Lim.


fuhh 2 jam jugak la sign semua document, SPA, dah Loan agreement. alhamdulillah kami ambil 100% loan dr BSN Skim Belia. Dari segi legal fees kami kena byr Legal fees for Loan Agreement RM3K+ Legal fees for SPA RM1.5K+, TOTAL?? pecah kepala mane nk cekau RM5,5XX.XX (PM tepi kalau nak tgk invoice) . Alatan2 lain, removate lagi? Nanti kalau ade kesempatan, aku buat final post list semua perbelanjaan pembelian rumah ni. Set dalam kepala, insyaallah ade rezeki kat mane2 boleh bayar semua tu. Actual design rumah ni 18' X 60' land size and build-up are 1080 sqft.. agak ok la untuk keluarga yang nak mula hidup. ade 3 bilik tidur, 2 bilik air. Ruang Keluarga kat tingkat atas pun agak besar.


Aku berangan nak renovate jadi cmni.. ade sebab2 tertentu kami insist nak tambah bilik bawah salah satunya both parents kitorng kaki dah tak kuat nak turun naik tangga, hope mereka happy la dtng rumah kami ada bilik bawah untuk rehat2..ruang tamu dan ruang makan sekali, kawasan memasak kat dapur tambahan tu tak besar mane, boleh la untuk aku yang tak berapa pemasak ni. and ingat nak letak 1 lagi meja makan kat area tu, kalau setakat kami ber-3 mkn kat dapur jela, meja kat dining depan tu xusik. ade bilik Laundry khas, Ruang Keluarga atas tu berangan nak letak 1 corner PS2 abah. kami decide 1st step memang renovate tambah belakang, perabot next year blh, hrap maaf la pd tetamu yg mula2 dtng kena duduk bawah.
Pesanan buat semua kenalan, korang mohon la. sediakan document elok2. RMMJ, PKJ B, PR1MA ni semua usaha kerajaan untuk rakyat (tak corrupt2 tu xmo cite sini) and proses ambil masa. dapat tak dapat at least kt usaha, bila nama dh ad dlm system, kita dah queue. ade org kata aku loan rumah xlepas lagi la.. aku blom ade bini/laki xmo la beli rumah dulu. buttt... benda2 kerajaan ni serious ambil masa, mungki ntahun ni gaji kite ciput, mana tahu by the time permohonan diluluskan, sijil keluar gaji dh besar. 

Masa aku mohon dulu bodoh2 simpanan xde, suami xde keje tetap, kami lurus tegak je tutup telinga lantak ape orang kata kat aku. mohon je! and kunci dia FOLLOW-UP! aku dok kejar2an dengan SUK and pemaju. sampai mereka ingat nama aku ( -_-" kot) yela makin tahun gaji makin ade increment, silap hari bulan masa dapat tu household income aku dgn suami dh lebih.

so korang jgn under estimate diri sendiri, percaya pada kuasa Allah, ade jalan ni gunakan sebaik mungkin. Mohon! tak duduk xpe. sebab property makin mahal. kite kena kumpul aset. ah aku bebel banyak pun ade orang degil pun xmohon and follow-up jugak. wallahualam. terpulang. kita khalifah Allahhanya mampu berusaha, doa dan tawakal kepada Allah.

well itu jela berangan dan bebelan kali ini. sape2 nak PM aku, tahu kan nak cari aku kat mane? ape2 info aku mampu share aku share. sampai jumpa lagi di blog post akan datang. Mohon semua doakan angan2 kami memperindahkan teratak comel kami dipermudahkan, dikurniakan rezeki cukup untuk laksanakan semua nya. insyaallah amin. 

No comments: