Thursday, January 24, 2019

Kos Melahirkan bukan murah. Tapi tak mahal.

Ramai yg tertanya2 mama akan beranak kat gov ke swasta kann.. sj je mama membakor jiwa korg bg tertanya2. We got our own reason kenapa masih nk pg gov hospital. Sedia maklum, 1st 5 years rumahtangga, bertatih2 bina hidup. Mampu tapi tak mau la spent semua untuk 3D2N or 2D1N punya business kan. Beranak bukan perkara simple. Bnyk cost yg perlu dipertimbangkan. Let me share some keperluan yg pada mama perlu ambil berat selepas beranak. Doa la dimurahkan rezeki baby No.3 and No.4 onward abah mama murah rezeki boleh pg swasta.

1)Hospital charges bersalin di Hospital Sultan Ismail:
Check-in time: 2am 13/01/2019
Check-out time: 2pm 13/01/2019

Bed 3rd class - RM3
O&G procedure for mama - RM35
Lab charge for baby - RM16
Total - RM54

2)Confinement lady charges- tukang urut ka bahasa kampung nya. Ekelehhh.. 😜
Day 1-3 - RM130 X 3days
Mid - RM100
End - RM250
Total - RM740

3)Lauk berpantang, abah keje shift so kami decide mintk org lain uruskan la bab mkn berpantang ni. Mama mmg sedia malas and tak reti masak. Takut salah makan merana berpanjangan. Even kalau tak mintk org lain masak pun, for good food we need to spent some money untuk beli bahan mentah kan.
Total spent setakat ni - RM490

4)Aqiqah Anggun - RM2000+-
5)Insurance policy (startup charges) - RM400+-

** To new mom and dad out there. Meh nk pesan. Zaman dulu kata tepuk dada tanya selera, zaman skrng tak lagi. Tepuk poket, tanya budget, tepuk kepala tanya otak. Tipula mama bukan tak teringin ke swasta. Tapi! Jgn smpai bergadai berhutang semata2 nk follow trend. Seronok check-in location. Kita kena pandai manage and justify mana perlu didahulu kan? Mana penting? Mana membazir? Mana boleh tangguh? Mana yg tak perlu langsung. For me. Sakit nya sama. Epidural? Beranak without drugs lagi best woi. Recovery lagi penting.
** ada kata nak swasta sbb nk doctor perempuan. Yes! go for it. Kumpul dr awal. Tp kalau pg swasta tak patuh syariah, doctor lelaki jugak. Hmm.. bazir rasanya. Di johor hospital kerajaan masih blh menampung kepadatan penduduknya yg nk beranak. HSI pun dh 2 kali mama dapat doctor perempuan cantik manis. Syukur alhamdulillah. Doa. Doa. Doa. Dr awal.
**Just sharing. No heart feelings ya. Chill. Kbai.





Saturday, January 19, 2019

Kisah Kelahiran Nadhra

Kisah nya bermula...

12/01/2019 Sabtu:
10.00am-  Mama and Nayla dh tercongok kat Jusco Tebrau. Polish kereta, tgk wayang, shopping
2.00pm- pg Ikea, tp kete tgl kat Jusco, sbb xsiap polish lagi.
5.00pm- patah balik Jusco melayan mimi and Pak Bad shopping winter jacket untuk pg US
8.00pm- drive sendiri balik rumah
9.30pm- melepak dgn Jiran Kedidi 12
10.50pm- contraction start gap 45-40 minit. Rasa mcm nk sambung tido, esok jela pg hospital. tp xblh.

13/01/2019 Ahad:
1.00am- drop Nayla kat rumah Acu Ajid, then gerak pg Hospital Sultan Ismail
1.30am- bukaan dh 4.5cm, labor room penuh so kt lyn contraction kat bilik saringan je. Mama mcm blur2. Serious ke nk beranak dh ni. Sbb keje kat office mcm blom settle, amanat mcm blom abes handover.
2.30am- contraction dh gap 4-3 minit. Check bukaan dh 6cm, masih layan contraction di bilik saringan. Syok jugak sbb masih blh jalan/tonggeng/cangkung. Compare msa Nayla kna paksa baringgg je xblh bangun. Cuma abah xle masuk lg. syukur masih ade nurse/doctor yg supportive. Tanya "puan ok?sabar ye puan kt tgh tunggu labor room" sibuk call sini sana push bg clear labor room. Tak kurang jugak Nurse yg poyo "puan beranak ni simple je tak payah gelabah sgt. Sakit sikit je" #EwahMakcik #KentutDalamRibut kau cuba la contraction sambil muntah mcmana rasa. Aku muntahkan baju ko baru tahu.
3.30am- contraction dh tak tertahan lg. nurse check bukaan dh 9cm- 9.5cm, trus kena tolak pg labor room. "Almost Full!! Almost!! Doctor standby!!" Kelentang kelentung doctor gelabah buka semua alat dia. Aku yg lg relax dr doctor tu. siap ckp "relax doctor, next contraction akan dtng another 4 minute. Kt ada masa lg standby" Al-kisah Nurse pun xsempat panggilkan 'Suami Nuruljannah!!'
3.56am- maka Lahirlah Puteri Ke-2 kami. Anggun Nadhra binti Mohd Akmal.
4.00am- Melayan doctor buat report, jahit sikit2. Kali ni mmg segar berbanding bersalin anak pertama. Siap borak dgn doctor, beralih katil sendiri. Acah la kau sbb dh kali ke-2 kan. Ade pengalaman. Msa Nayla dulu nanges2.
6.00am- baru kena tolak pg wad. Abah kat depan bilik saringan terpinga2 eh dh beranak ke. 😅
3.00pm- discharged dari HSI

Bagi new mommy yg nk beranak, pesanan penaja:
1. penting nya maintain HB and jaga kesihatan and stamina sepanjng kehamilan. Msa hari beranak tu baru rse berbaloi nya. Makan la segala ubat doctor, vitamin, spirulina.
2. Download apps kiraan contraction incase 'Labor sign' anda adalah contraction. Kena belajar la gap berapa minit, panjang contraction tu berapa lama. And in my case, dr start contraction nak ke 5-5minit tu dekat. And duration dia consistent 60-80sec
3. Jgn pandang remeh sakit contraction. Mama hrtu naseb tak berdegil nk sambung tido. Klo tak, adik Nayla lahir kat Jln Kedidi, Tmn Scientex.
4. Dugaan apa pun kat hospital, maintain cool and polite. Tak usah bawa bergaduh dgn nurse and doctor. Bazir je. Kite pun buka retis mcm LR #eh yg nk viral2 tu.
5. sibuk mcmana pun keje, diri sendiri kena diutamakan. Actually mama ade terfikir2 nak Unpaid Leave awal. Tp niat tertangguh2. Eh nanti la. Eh keje ni xsiap lg la. Nasib adik lahir ngam2 week 38. Kalau mama lasak sikit lg mmg blh awal lg beranak. Minggu terakhir tu mmg masih panjat tangga susun document. Alasan? Xnk susahkn org time kt cuti nanti. Alah bila fikir blk. Ade org kisah? Jd apa2 kat kita paling tak pun org akn ckp "kesian.." then move-on. So next pregnancy? Bolayan.. nk cuti2 ye cuti je terus. Lantakkkooo

Akhir sekali. Atas apa pengalaman ni. Syukur atas kurniaan Allah, dipermudahkan segala urusan. Di anugerahkan kekuatan menempuh segalanya dgn penuh bertenaga. Sesungguhnya setiap anak itu jalan cerita dan rezekinya berbeza.

Jumpa lg kat post next baby. #Eh #SerikSambalBelacan #MisiAdikBoy