Sebelum korang baca ni, nak buat tuntutan sikit. bawah ni semua pengalaman peribadi aku, ada sikit2 info dari website. OK! let start. mula2 nak mohon rumah mampu milik ni kena kenal pasti kawasan mana korang nak duduk. pasir Gudang? Gelang Patah? Nusajaya? kalau nak tengah bandar Johor Bahru imposible la kan nak ad landed house lg. so know yourself. Kalau aku, kami decide nak settle down/beli rumah area Pasir Gudang, so pemaju yg ade buat rumah mampu milik ni Scientex, Sime Darby and Layangkasa(PR1MA) so aku aim kat Scientex Pasir Gudang, diorng ade yg PKJ(B) and RMMJ tu. kawasan lain kena rujuk pemaju la k.
Bawah ni jenis rumah yg ditawarkan mengikut kelayakan gaji.
1. Rumah
Komuniti Jenis B (PKJ B)
Harga Rumah : RM 80000.00 Had Maksimum
Pendapatan : RM 5000.00
2. Rumah
Mampu Milik Johor Dan Kedai Kos Sederhana Rendah (RMMJ)
Harga Rumah : RM 150000.00 - RM
220000.00 Had Maksimum Pendapatan : RM 8000.00
Projek Rumah Mampu Milik Johor.
****UPDATE INFO DARI FB: bawah ni list pemaju yang buat RMMJ dan mukin/Lokasi nya*****
DENAI NUSANTARA
No Fail : SUKJ.P.709RMMJ/02/17
Lokasi : TANJUNG KUPANG, JOHOR BAHRU
Bangunan : PANGSAPURI
TAMAN SCIENTEX PASIR GUDANG
No Fail : SUKJ.P.709RMMJ/02/16
Lokasi : PLENTONG, JOHOR BAHRU
Bangunan : RUMAH TERES 2 TINGKAT
TAMAN MOLEK, MK. PLENTONG, JOHOR BAHRU
No Fail : SUKJ.P.709RMMJ/02/06
Lokasi : PLENTONG, JOHOR BAHRU
Bangunan : PANGSAPURI
TAMAN MENGKIBOL, KLUANG
No Fail : SUKJ.P.709RMMJ/03/01
Lokasi : KLUANG, KLUANG
Bangunan : RUMAH TERES 2 TINGKAT
#rmmj #rumahmampumilikjohor #rumahmampumilik.
****UPDATE INFO DARI FB: bawah ni list pemaju yang buat RMMJ dan mukin/Lokasi nya*****
DENAI NUSANTARA
No Fail : SUKJ.P.709RMMJ/02/17
Lokasi : TANJUNG KUPANG, JOHOR BAHRU
Bangunan : PANGSAPURI
TAMAN SCIENTEX PASIR GUDANG
No Fail : SUKJ.P.709RMMJ/02/16
Lokasi : PLENTONG, JOHOR BAHRU
Bangunan : RUMAH TERES 2 TINGKAT
TAMAN MOLEK, MK. PLENTONG, JOHOR BAHRU
No Fail : SUKJ.P.709RMMJ/02/06
Lokasi : PLENTONG, JOHOR BAHRU
Bangunan : PANGSAPURI
TAMAN MENGKIBOL, KLUANG
No Fail : SUKJ.P.709RMMJ/03/01
Lokasi : KLUANG, KLUANG
Bangunan : RUMAH TERES 2 TINGKAT
#rmmj #rumahmampumilikjohor #rumahmampumilik.
Untuk peringatan permohonan ni kena ONLINE sahaja , tak ada borang bercetak(isi pakai pen) system SUK berubah2 and masa aku mohon dulu aku isi online, print borang, chop Pesuruhjaya sumpah, dlm masa 14hari kena submit document, diorng kate tempoh diam tu 6 bulan pertama jgn expect la diorng akn proses document kt. after 6 month baru la check online status permohonan aku tu. baru la boleh dikatakan masuk dalam senarai menunggu. dari PERMOHONAN BARU> DIPROSES> LULUS> SIJIL DICETAK (mcmtu la secara kasarnye. aku xtahu berapa stage SUK ni) so yg aku terangkan bawah ni system yg aku lalui dulu. Bezanya bila nk submit document je. Dulu hntr dlm masa 14hari. Sekarang hantar bila SUK suruh hantar.
Berikut adalah syarat-syarat permohonan RMMJ. Sila baca sebelum memohon.
1.
Warganegara Malaysia, menetap selama 5 TAHUN di
Negeri Johor dan berumur 18 tahun keatas dengan pendapatan kasar bulanan tidak
lebih daripada RM8,000 pendapatan kasar bulanan.
2.
Berkahwin / bujang layak memohon. Hanya satu
permohonan bagi pasangan suami/isteri. Manakala permohonan isteri kedua dan
seterusnya perlu menggunakan nama isteri sebagai pemohon.
3.
Pemohon/pasangan yang telah memiliki RKR selama
5 tahun ke atas layak memohon rumah kedua iaitu PKJ B
4.
Pemohon/pasangan yang telah memiliki
RKR/RKSR/PKJ A/PKJ B boleh memohon RMMJ
5.
Pemohon/pasangan yang telah memiliki rumah kos
sederhana/mewah TIDAK LAYAK memohon
6.
Semua DOKUMEN SOKONGAN berserta SURAT AKUAN
SUMPAH hendaklah di HANTAR SENDIRI ke kaunter SUK Bahagian Perumahan dalam
tempoh 14 hari bekerja dari tarikh pendaftaran. Sekiranya melebihi tempoh tersebut,
permohonan akan LUPUT/BATAL
7.
Semua DOKUMEN SOKONGAN & SURAT AKUAN SUMPAH
yang dikirim melalui POS TIDAK AKAN DITERIMA.
8.
Pemohon hendaklah membawa kad pengenalan ASAL
semasa membuat pembayaran.
Cara Buat Permohonan&Pendaftaran:
Langkah 1: Individu atau pemohon hendaklah mendaftar akaun baru sekiranya masih belum mempunyai akaun. Sila daftar di APPLIKASI PENDAFTARAN
Langkah 2: Login ke akaun SUKJ, kemaskini akaun dan maklumat peribadi yang betul dan tepat.
Langkah 3: Pilih Mukim dan ketegori rumah dan hantar permohonan
Langkah 4: Hanya pemohon yang layak sahaja akan diberi pemberitahuan serta membawa dokumen bagi tujuan penawaran rumah mengikut pembangunan projek.
Informasi Penting:
Semakan Permohonan - SEMAKAN
Soalan Lazim FAQ Permohonan RMMJ - Klik FAQ
Manual Pengguna - Klik eRumah
Dokumen
sokongan (Hantar bila SUK dah hubungi korang bgtau suruh hantar):
1. IC diri sendiri+pasangan(jika ada)
2. Surat beranak diri sendiri+pasangan(jika ada)
3. Sijil nikah(jika berkahwin)
4. Slip gaji 3 bulan
5. Print statement KWSP **kena pg EZ RHB kat kipmart/tesco/Mydin Seri Alam ade, pg kaunter dia mintk aktifkan 6digit PIN untuk register online. Then pg website https://secure.kwsp.gov.my/secured/member/login/ click bahagian ‘Pengaktifan i-Akaun (Login Kali Pertama)’untuk create new login account KWSP. So next time blh login kat website KWSP untk view statement KWSP.
6. Surat pengesahan majikan (ni ckp je dgn HR nak mintk surat pengesahan majikan untk beli rumah)- pastikan ade tarikh sah jawatan, ade nama jawatan, nama penuh and IC korang &ada gaji pokok lg bagus.
7. kalau BUKAN ORANG JOHOR. sertakan bukti dah bermastautin di Johor 5 tahun keatas.
**Sediakan document dan buat Salinan paling kurang 2copy, pastu pg cop pengesahan salinan dgn
ketua kampong. 1salinan- SUK, 1salinan-pemaju, 1salinan- simpanan diri sendiri(penting ni kalau ape2 jadi ade rujukan)
INFO PENTING DARI AKU:
- Masa isi online, pilih MUKIM yang rumah korang nak tu dibuat: Ni kena rujuk pemaju la diorng mukim mana, sebab aku bace comment org kt FB, diorng mohon bertahun xdapat feedback dari SUK, yela, korg mohon mukim yg xde pembangunan RMMJ ye mmg kena tunggu lama la. TUNGGU SAMPAI MUKIM TU BINA RUMAH MAMPU MILIK.
- Berhubung rapat dengan pemaju dengan penuh sopan santun: Mohon online, pastu xrujuk nama korang pg kat pemaju, cmne pemaju nak rujuk pd SUK nama org yg berminat dgn rumah mereka.(ni personal view aku jela, mcm campah benik pokok dlm sungai, ntah tepi tebing mana pokok ko nak tumbuh pun tak tahu lokasi. silap2 hanyut tak tumbuh-tumbuh)
- Cari rumah ni memang proses paling menguji jiwa ko. aku ni dah sampai nak buang phone number yg register dgn SUK tu. last minute dapat call permohonan lulus. rezeki. so kuncinya sabar. rajin2 la pg pameran diorng, berkenal dgn pegawai2 kerajaan ni, bkn nk kata buat mcmni untuk korupsi, tp at least bila kenal, dia review permohonan korg, eh mcm kenal nama ni. kan kan kan kan.. (korg sambung sendiri la, baik korang buat, baik la dapat dan sebaliknya) tang undertable2 korang jangan tanya aku. aku setakat ni permohonan bersih, selain dari dok call2 SUK& pemaju tanye status permohonan aku je.
- Rumah Mampu Milik Johor Tidak Boleh Jual Dalam Tempoh 5 Tahun, jangan cari pasal mohon2 dah dapat plan nk jual dapat keuntungan. buat naya.
Cara Hubungi:
Bahagian : Bahagian Perumahan.
Alamat: Bahagian Perumahan, Aras 1, Bangunan Dato' Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar,
79503 Nusajaya, Johor
Email: erumah@johor.gov.my
Telefon: 07-2666260 / 07-2666261
Waktu Bekerja:
Ahad - Rabu - 8.00am to 5.00pm
Khamis - 8.00am to 3.30pm
Jumaat- Sabtu - Tutup
Senarai Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor Cawangan Perumahan:
Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (Bahagian Perumahan)
1. Bahagian Perumahan ( Cawangan Muar)
d/a Majlis Perbandaran Muar
84000 Muar, Johor.
2. Bahagian Perumahan ( Cawangan Batu Pahat)
d/a Pejabat Daerah Batu Pahat
83000 Batu Pahat, Johor.
3. Bahagian Perumahan ( Cawangan Kluang)
d/a Pejabat Daerah Kluang
86000 Kluang, Johor.
4. Bahagian Perumahan ( Cawangan Segamat)
No 1G, Rumah Pangsa Segamat,
Jalan Dato’ Wan Idris,
85000 Segamat, Johor.
5. Bahagian Perumahan ( Cawangan Mersing)
d/a Pejabat Daerah Mersing,
Jalan Ibrahim,
86800 Mersing, Johor.
Sape yang belum mohon, pg la mohon. Pokoknya diri sendiri. kalau NANTILAH, sampai bila2 la NANTILAH. Semoga mereka yang layak akan berjaya dalam Permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Johor Online (RMMJ) ini. aku mohon maaf kalau bahasa kasar. kbai.
No comments:
Post a Comment