Salam semua
Sesiapa yang bergelar MENANTU, bersyukurlah kalau kita di sayangi, bersyukurlah kalau kehadiran kita di sanjung tinggi kerana ada sebahagian kawan kita belum tentu sebahagia kita , mungkin ada di antara Kita yang menagis sepanjang waktu di sebabkan kata-kata , perbuatan yang menyebabkan mereka mereka terlalu kecewa dan akhirnya lebih memilih menjaga hati sendiri , banyak factor kadangkala menyebabkan perkahwinan anak anak hancur salah satunya KELUARGA ITU SENDIRI
Mertua : JANGAN ADA SIKAP PILIH KASEH
Mertua, mereka ingin di hormati tapi cubalah menghormati kehidupan anak anak menantu, jangan sesekali mencampuri
Ada sebahagian mertua inginkan anak mereka , cucu dan menantu tidak di perdulikanya , ada juga anak menantu kesayangan berikan itu ini di canang kesana –kemari, jagalah hati anak-anak yang kurang mampu, walaupun sekampit berat atau sekilo gula diberikan bersyukurlah itu kemampuan anak dan menantu anda anda, kadangkala penipulah anak menantu tak terasa hati kalau di bezakan yang ANAK MENANTU KESAYANGAN berikan GELANG EMAS , BULAN-BULAN BERIKAN DUIT BELANJA beratus2, sedangkan anak menantu ni sekadar buat keje kampong TAK TERASA HATI MEREKA ???
MENANTU mungkin tak meluahkan tapi di hati mereka hanya tuhan sahaja yang tahu , MERTUA menantu bukan mengharapkan anda memberikan mereka kemewahan tapi cukuplah berlaku dengan adil dan menerima mereka seadaanya , kadangkala dengan(cucu) darah daging sendiri pun berkira , MERTUA yang anda pilih kaseh dan berkira itu adalah darah daging anda sendiri , bukan orang lain , INGAT MERTUA ,bila MENANTU dah berubah hati , tawar hati mereka tidak akan menjadi orang yang sama lagi , yang tingal perasaan HORMAT sahaja kepada anda
Ipar duai :
cukup untuk menjaga diri dan keluarga anda , jangan sesekali mencampuri kehidupan adik beradik yang berkahwin , kalau campur tanggan itu membawa kedamaian dan tanpa ada sengketa ALHAMDULILLAH , tapi jika campur tanggan itu membawa kehancuran perhubungan adik beradik dijauhkan , setiap adik beradik kita dan pasangan ada cara mereka sendiri untuk keluarga mereka , jangan cuba aturkan kehidupan mereka , HORMAT SETIAP KEPUTUSAN MEREKA, INSHALLAH KEBAHAGIAN BERSAMA
Biras
yang jenis yang suka mengampu mertua, ipar duai
SILAKAN tapi ingat jangan menyebabkan mertua dan ipar2 yang lain membenci MENANTU/ BIRAS hanya sebab sikap kita , kita nak menjadi menantu kesayangan ke ?? anak kita nak di tatang setinggi gunung sekali pun silakan jangan sampai merosakan PERHUBUNGAN MERTUA, IPAR DUAI DENGAN MENANTU /BIRAS YANG LAIN, jenis yang suka megampu nie dia tak suka orang yang jenis lebih dari dia , dia tak suka perhatian yang dia dapat , dapat dekat orang lain INGAT tu adalah sifat BUSUK HATI ,
SEPATUTNYA sesama orang luar kene sama-sama melengkapi ahli keluarga , sekiranya ada salah faham di antara biras dengan keluarga atau adik beradik ipar , kita cuba untuk menasihatkan antara satu sama lain , jangan jadi JARUM
#dalamkeluargajanganadakaki
#JARUM
anak,menantu bergaduh kadangkala dari sifat campurtanggan keluarga
adik beradik bergaduh bermasam muka terhasil dari sifat cucuk mencucuk , selalu mendengar cerita sebelah pihak dri kalangan adik beradik sendiri
kalau kita inginkan keluarga yang bahagia, adik beradik yang saling menyayangi cubalah perbaiki diri kita sendiri , layanan kita terhadap orang lain dan drh dging kita sendiri
No comments:
Post a Comment