Friday, October 23, 2015

Ragam melahirkan dan berpantang 100hari

Aku rasa terpanggil untuk share semua ni. Bagi yang penah rasa melahirkan, fikir tips aku bg ni remeh jela kan. Tp rasanya sangat penting untuk bakal ibu yg pertama kali untuk tahu. And ade gak yg aku terlepas xbuat, 2nd pregnancy nanti (#ewah) aku nak baca balik buat peringatan. Nak follow? Tak mahu? Up to you.

Persediaan sebelum bersalin:
Dlm tempoh 9bulan mengandung tu bnyk kan membaca, timba ilmu betul2. Selain dr bertawakal dgn ketentuan Allah, kita juga perlu usaha, dan berdoa. Doa pulak, jgn doa untuk diri sendiri je. Seriously power of doa. Ada kenalan aku ajar, sedekahkan Al-Fatihah buat semua nurse, semua doctor yg bakal menguruskan kita. Semoga ketika itu, hati mereka lembut lapang, senang je nak menguruskan kita. Insyaallah dipermudahkan segala urusan, dapat doctor perempuan, nurse pun elok2 je tak mengentan. Diri kita pun,jgn la diva sangat kat labour room tu. Kita behave, nurse/doctor pun happy. Cewah~~


Tudung di labour room/wad:
Aku rasa, better standby la tudung yg selesa 2-3helai, tak perlu pakai brooch. Bahaya wei, masa ko tgh teran2 tu, dagu kedada bagai, pastu dagu kena brooch sakit woo.. Klo xnk nampak selekeh, tudung ade awning sooo a big NO.. Nanti dh melorot2 kedepan hudoh gilos. Hehe. Time aku haritu, Dr.Syazana siap suruh bukak, dia jamin mmg xde lelaki masuk territory dia. Tp aku standby jela sebelah kepala. Kat wad pun, pakai la tudung yg selesa. Even wad semua perempuan. Xjamin. Kadang ade je lelaki masuk. Kalau anak tgh menyusu, blh la jadi nursing cover.


Hospital bag for mama:
Rasanya tak perlu bawa persalinan terlalu banyak. Kalau HSI, dia sediakan baju pink(uniform wad) unlimited. Tibai jela pakai, masa dlm wad memang tak fikir psl imej bagai la. Semua org pakai baju yg sama. So 1persalinan je diperlukan masa nak discharge tu. Ha underwear tu semua bawak la banyak k. Hospital tak supply.hehe~


Hospital bag for baby:
Hah tang baby punya, kena asing beg dengan baby ya. Mana la tahu(mintk dijauhkan) baby kena tahan wad, so beg baby tinggal,beg mama bawa pulang. Make sure tisu basah bawa, 1st night baby berak like nobody business. Aku msa kat wad hrtu mcm lumba dgn jiran katil sebelah, kejap anak aku berak. Kejap anak dia berak. Pastu jiran katil depan tak bawak tisu basah, satu hal pulak aku dgn dia main pas2 tisu basah mcm lumba lari berganti2. Wei bawah tu koyak kot. Feeling dia neraka abes turun naik katil sepital tu.


Baby attire untuk labour room:
Aku dapat tips ni dari sorang sahabat. Sediakan 1persalinan untuk baby dlm 1plastik. Bedung, Baju, pampers, topi(kalau nak anak pkai topi la), selimut untk balut baby lg bagi hangat. Yela baby baru kuar dr oven. Nurse dah mandikan, kena la ade baju. Ko saje cari pasal kalau bawak 1 beg beso pg labour room. Kesian suami time gelabah2 tu nak kuar kan satu2 barang dr beg besar nak bg nurse 'baby attire for labour room' tu kan. So masuk plastik siap2 pakai marker. Lagi bagus ko label B/O contoh 'B/O Nuruljannah Badrul Hisham' (bawah ade gambar) Masa aku serahkan plastik tu pd nurse kat labour room, nurse tu cakap "wah senang keje saya. Kalau tak, saya pulak kena korek beg patient. Suami gelabah mana tahu mana satu bedung" . Failed to do so, akan menyebabkan anak korg kena pkai baju sepital. Alahai kesian. Lain la klo kes dtng dah bukaan penuh,laki tgh park kereta, baby dah kuar. Hehehe (kes Abil ni).



Bawa bekal roti/air milo:
Ni Abil selalu bising kat aku before beranak dulu. Bawak bekal mknan wei.. Lepas beranak lapo giloss.. Aku degil tak beli siap2 before bersalin. Dah la lepas beranak tu menunggu pulak abah Nayla g beli. Wei lapo tak tertahan. Seriously..


Spray untuk ubat kuning:
Semua sedia maklum. Kalau bersalin normal, bawah tu sure luka (luka ke? Ah xle nk describe what happen down there) soo.. Ubat kuning memang la jadi sahabat sejati sepanjang healing proses tu. Ade yg ajar. Curah ubat kuning tu kat pad, then pakai. For me, bazir. Bukan pad yg luka. Tempat lain luka, tempat lain dicurah. Amalan syaitan ni membazir. Kalau doctor ajar, curah je ubat kuning tu ditempat berkenaan. Klo time baring kat labour room tu boleh la kan. Ni kat bilik air umah ko xkn nak baring. Gilos. So ni tips dari nurse KK aku ajar. Beli spray(rujuk gambar bawah ni)

rasa kat daiso ke kedai accessories makeup ade jual. So lepas mandi, make sure lap kering, then sambil berdiri tu blh spray tempat berkenaan. Semoga luka cepat baik insyaallah. JANGAN sesekali pakai dettol la kt tempat tu. konon nk super bersih bagai. Bahaya okey. Benang kalau dh tertetas, hazab nk jahit balik. kau jelulur la sendiri.


Jangan budget diva tak berpantang:
Param,pilis, stokin,bengkung tu pakai la accordingly. normal ke czer, pantang jugak. Kena ade ilmu la sebelum bersalin. Ade je bengkung untk org czer. Aku rse zaman moden ni, yg traditional tu follow gak la. Yg ni aku xnk comment lebih2, berpantang bkn hanya nk kurus semata. Tp untk jg dalaman urat2 kite. Makcik tukang urut aku ckp. "kalau kt tak jg diri kita sendiri, sape lagi nak hiraukan kita" ok tersyahdu pulak. Memang betul, kt sakit xde sape heran. Hazabb la kau tanggung sendiri.


Rasanya setakat ni jela untuk hari ni. Esok kalau terlintas lagi, aku tulis lagi. Time berpantang ni banyak la blog post blh karang.. Hehe.. Stay tuned...

Thursday, October 22, 2015

Kisah Kelahiran Nayla

Sebelum aku terlupa,baiklah ditulis kisah kelahiran Nayla. Lgpun ramai yg bertanya, mcmana Jannah bersalin. Lenguh jugak pipi nak bercerita (walaupun aku jenis suka bercakap penat jugak kan) so now dah mula tulis, boleh la bg link blog post n suruh mereka baca sendiri. Hahaha.

Rasanya kisah kelahiran ni bermula bila aku dh due 27/9/15 (EDD ikut perkiraan 1st day previous period aku which is 20/12/14) and doctor KK dah arahkan untuk aku 'check-in' 3/10/15 if xde rasa nk bersalin lg.

28/09/2015 1.37pagi
Ada bleeding. And yg sangat banyak. Rasa mcm kes pembunuhan wei. Meleleh2 and suami pun kena tempias. Malam tu semua kawan2 kt kite2aje paksa suruh pg sepital. Aku dok google2,kalau xde contraction xpecah air ketuban, boleh tahan lg ni. Fyi. Aku xde rasa sakit. Tgk suami dh tido lena, kesian pulak nk ajak ke hospital. So decide esok pagi la pg.

28/09/2015 6.45pagi 
kami gerak ke HSI. Smpai bilik saringan, doctor check bukaan(VE) baru 2cm. Dia advice suruh balik, rehat kt rumah. Alasan? Kesian klo hold aku dlm wad nanti xmakan, lagi lambat bersalin. (statement ni mmg aku 'apakah' sgt) so balik la. Kitorng siap pg Jusco dulu, dgn alasan bg cepat bukaan rahim. Sejak hari tu, bermula la episode menunggu hari, aku cuti. Duduk rumah 'berehat'.. Doctor ubah tarikh last 7/10/15 kalau masih xberanak kena serah diri untuk induce. Dan bermula lah penguatkuasaan kuasa veto suami. Tak bagi aku pg keje. Kunci kete kena sita. Xblh drive uolls. Ambil lah segala AL atau UPL, duduk la aku kt rumah, melepak. Cukup masa boring, abes semua Tesco, Jusco, Giant, Mydin, Econsave aku pg ukur. Bobok, Bad, Ummi n nenek Althea la rajin melayan aku bwk kesana kemari.

2/10/2015
Ntah kenapa, ramai betul call, whatsApp tanya bila nk beranak. KakYatie n kakSuhana (officemate aku) siap call ugut, knape dh lama bleeding tp duduk rumah lg tak mau pg HSA. Siap ckp, kalau isnin masih xberanak, dia nk dtng jemput aku kat rumah paksa pg sepital. Takot makk~. Then, MIL call tanya khabar, "apesal babynya lama sangat make-up dlm perut tu tak mahu keluar." Nak buat cmne,kalau serah diri kat sepital pun, tak rasa contraction, Braxton Hicks pekejadah semua tak rasa. Kang pg HSA kna halau balik gak malu je. Hehe. My cousin, Faris siap nekad beli tiket flight balik JB alasan? Nk lepak last before aku bersalin, n dia pun nk kawen dh so dtng melepak ala2 bujang gitu. Siap ckp mudah2an dia balik, baby nak keluar (masin mulot kau). Smpai penghujung hari,  bersambung la aktiviti 'menunggu' baby keluar.. Tido cm biase xrasa sakit.

3/10/2015 7.40pagi
Kisah bermula aku keluar bilik pg dapur nak buat air. Yela kt rumah ad tetamu, niatnya nk plan la ape nk buat hari ni. Mana la tahu nk pg JPO ke, tgk wayang ke. Melayankan Faris menghabiskan sisa2 bujang dia and aku habiskan sisa2 sebelum dapat title 'mama'.  Tiba2 keluar je balconi rumah, basah kain aku. Eh. Rasa baru je kencig tadi, xkn la TERkencing kot.. Tp serious rasa mcm kencing yg tak boleh control. Faris dgn slumber inspect air yg kt lantai, confirm bkn urine. Sah air ketuban aku dh pecah. Eh tapi knape tak rasa sakit langsung ni. Risau wei. So aku kejut suami,  siap2 mandi, sarapan nasi lemak ayam goreng, gerak pg HSI. Faris n Akid siap ikot(anak aku mmg pg memana org ascot wei)

3/10/2015 9.40pagi
Sampai HSI, aku xnk diorng main drop2 kt bilik saringan, parking kete, aku gigih nk jalan dr carpark. Sebenarnya nervous tak rasa sakit. Sampai bilik saringan,  doctor
Buat cough test untk check pooling air ketuban tu betul ke dh bocor/pecah. Bila VE? Dah 3cm. Ok! Kena sorong pg labour room. Fyi,aku xrasa sakit lg. Dlm otak dok fikir 'Mcmana nk beranak ni xsakit. Kang dh masuk dlm kna balik pulak wt malu je'

3/10/2015 11.00pagi
Baring la aku kat labour room tu. Alhamdulillah dapat doctor perempuan (dia lone ranger je wei jg 1 bilik tu) Dr.Syazana nama dia. Cute~ Doctor pasang CTG untk heartbeat baby n monitor contraction , eh tiba2 dah rasa contraction. Drama uolls~ aku awal2 dah tanya doctor "ape perancangan doctor terhadap sy?" yeee aku poyo. Tp aku jenis nak tahu ape plan, supaya xbodoh2 tunggu.  So Dr.Syazana tu ala2 present la kt aku. doctor cucuk drip untk bg aku tenaga n Pitocin (Oxytocin Injection) untuk cepatkan bukaan pintu rahim. Next VE lebih kurang 4ptg. Doctor target aku bersalin 5~7ptg cmtu. Sbb average bukaan 1cm=1jam. Lepas 7ptg dia akan refer aku untk czer coz air ketuban memang dah kosong takut baby lemas. So aku faham la plan dia cmne. Siap warning baby kau~ "nakk, dah tiba masanya keluar, pintu keluar kat sini ya(sambil tunjuk tempat yg sepatutnya) jangan lambat2 nanti perut mama kena belah,kesian mama". Dr.Syazana sangat baik,siap suruh aku tido dulu, haus blh minum air. Bermula la episode melayan contraction, aku smpai shaking gegar katil wei tiap kali contraction dtng. Doctor kesian, siap bagi pain killer cucuk kat punggung. Ubat tu buat aku lalok ngantuk. Aku tido like nobody business okey~ time contraction mesti tersedar mcm kena sawan sakit gilos.

3/10/2015 3.00petang(agak2nya la)
Contraction dah semakin kuat aku merayu2 dgn doctor tu nak duduk, sebab rasanya lagi lega sakit bila duduk. Tapi doctor tak bagi. So sambung la tido and aku tersedar sebab rasa mcm nak berakk sangat.. "doctor sy rasa nak berak" "berak je,nanti sy bersihkan" (ok~malu sgt. So tak jadi berak) tp aku cm tergerak. 'Nak berak ke baby dh nk kuar eh.' So aku request doctor. "doctor, u blh buat VE now tak? Sbb sy rasa mcm nak terberakk sangat. Dh hujung2 taik sy ni. Ke baby dh nk keluar?" "ok suami tunggu luar sekejap..(check VE) Ehh.. Kepala anak awak dah depan pintu sangat ni. Tunggu jap jgn teran, sy ready equipment" keletang keletung ntah ape doctor ni buat, cabut katil jadi separuh je katil tu bagai, aku dah tak tahan nk teran.. Suami masuk semula, and doctor kata aku ready teran bila ada contraction..  Bermula la aksi teran teran, atas bantuan coach Akmal(Abah Nayla,suami aku tercinta) n Dr.Syazana. Doctor cakap,teran mcm teran sembelit. Ok doctor! berkat selalu sangat sembelit masa ngandung, so aku teran jela mcm nk kuar taik sembelit tu. Hahaha~ Rasanya dlm 4kali contraction je Nayla dah keluar.  2nd contraction keluar kepala, then aku tertido... 😴 ZZZZzzzzzzz~~~ ok jgn contohi aksi ini.. Menjerit doctor "bangun!bangun! Hei jgn tidoo bahu anak awak belum keluar ni..!! NURSE!!! Masuk!! Tolong saya ni patient tidoo!!" and suami pun jerit "bangun Nyee.. Bangun!! Jangan tidoo.. Bahu anak belum keluar tu. Teran lagi nye" 4th contraction tepat 3.57petang(ikut rekod surat beranakla. Tapi aku rasa mcm Nayla kuar awal sikit dari rekod tu), keluarlah seketul Nayla dibumi allah swt ni.. Selambak Nayla dengan berat 2.91kg tu doctor campak atas perut aku. Wow!! feeling dia? Tak terkata. Happy. Ok~ time ni aku lalok lg wei. Ngantuk giloss.. (sebenarnya dari pukul 3petang tu aku ngantuk lalok lagi so semua berlaku dalam keadaan mcm separa sedar gitu.) lama gile doctor menjahit, pukul 5lebih dekat pukul6 baru aku keluar dr labour room and msk wad. Rasa sampai sini jela kisah kelahiran puteri sulung kami, Nur Nayla Adzkia Akma binti Mohd akmal.

##Berjuta-jutaan ucapan terima kasih buat suami tercinta, tak berganjak dari sisi aku sepanjang proses kelahiran tu(time doctor suruh keluar pun dia tunggu luar pintu gitu je) suami, ilebiueww..
##Dr.Syazana, ntah kenapa aku adore gile doctor tu. Maybe dia rajin melayan soalan2 scientific kedoktoran yg aku dok tanya pd dia. Dia siap suapkan aku air wei, xmengeluh pun tiap kali kna kosongkan pundi kencing aku.hehe~
##buat keluarga aku,abah ibu, kakak n adik2 aku, in-laws aku Abil sekeluarga, semua yg tak putus asa bg support tiap kali aku merengek bila nk beranak. Terima kasih daun keladi,anak next layan lagi.hehe
##Special dedication to Uncle Faris, terima kasih susah payah jd driver untk aku nk suami weekend tu. Aku syak Nayla akan manja dgn kau mcmana aku manja dgn ayah. So tahan jela melayan dia k.
##Kawan2 yg mendoakan aku, terima kasih. Xtahu nak balas cmne. Bersyukur sangat dikurniakan insan istimewa mcm korg dlm hidup aku.
##Bobok,nenek,pakwans, bad n ummi Althea sekeluarga, Hanya Allah blh balas jasa korg. Melayan jemput2bawang Nayla. Haha~
##Terima kasih sebab sudi baca sampai tahap ni. Layan la kejoyahan aku dlm bercerita ni. Sj nak buat rekod. Read at your own risk ya. Enjoy ~ and feel free to leave a comment ya~