Saturday, July 28, 2012

Gubahan Sireh Junjung

cantiknya sirih junjung dia..
credit to HikayatCinta

meh belajar sejarah sirih junjung jap.. 
setiap yg ada ni punya yg tersurat dan tersirat. 
kita hidup, kna gak belajar adat2 ni kn~

SIRIH junjung wajib ada dalam hantaran pertunangan mahupun perkahwinan masyarakat Melayu kerana ia ibarat 'penghulu' segala hantaran. Mengikut cerita orang dahulu, sirih junjung dan bahan-bahan yang digunakan membawa maksud tersirat kepada kehidupan suami isteri yang baru hendak bermula. Sirih yang disusun perlu ganjil dan menggunakan daun sirih segar sebagai bahan utamanya selain bahan lain seperti kapur, gambir dan buah pinang. Bagi pihak lelaki, sirih junjung hendaklah lebih tinggi sedikit daripada perempuan untuk menunjukkan bahawa peranan dan tanggungjawab lelaki sebagai ketua keluarga. sirih junjung juga telah dimodenkan dengan penggunaan pelbagai bahan tambahan seperti bungaan-bungaan dan rempah ratus. Selain barang-barang utama, penggunaa bunga mawar, kekwa, juga boleh menjadikan sirih junjung nampak lebih cantik dan menarik. - UTUSAN Malaysia keluaran 28/03/2012


No comments: