Sunday, August 3, 2014

Syawal 1435H

Syawal yg penuh bermakna. Aku belajar erti tolak ansur.
 Al-kisah rasa tersisih. Penah rasa tak? Bila menapak dlm 1 bilik yg riuh. Tiba2 menjadi senyap sunyi? 
Umpama kehadiranmu tidak dijemput, dan pemergian tidak dirasa. 
Seolah kambing hitam yg semuanya cela dimata sekeliling. 
Owh mungkin pd org, aku berbeza. Aku tak sama dgn dia. Seindah namanya. 
Btw, pendekatan aku berbeza.terimalah aku seadanya. 
Aku tak mampu berikan yg terbaik memuaskan hati semua org kerana aku manusia biasa.
 Sejauh mana aku mampu bertahan dengam keadaan ini? 
Hanya tersemat dihati. 4bulan lagi syurgaku atas redha suami, syurga suami ditelapak kaki ibu nya. 
Baiklah. Setakat itu. Ignore saja yg lain kerana semua itu dikawal oleh Allah. 
Apa yg termampu skrng?
 Duduk diam dan berdoa agar hati insan2 ini terbuka menilai mana kaca mana permata. 
Kerana aku tahu, hanya jauhari yg kenal manikam. 
Jadi hanya hati dan mata yg terang yg dpt melihat dgn tenang. 
Selamat malam kakak, semoga Allah meramati kamu. 
#randomPost

Tuesday, January 21, 2014

Dia kekasihku..

Ya Allah, jika benar dia jodohku, Kau satukanlah kami.

Jika benar dia milikku, Kau dekatkanlah hati-hati kami dengan kasih sayang yang mendalam.

Jika benar dia terbaik buatku, Kau peliharalah perasaan cinta antara kami agar kami saling mengasihi, agar kami saling menghormati.

Jangan Ya Allah.
Kau uji hati - hati kami dengan ujian yang tidak sanggup kami terima.
Sungguh Ya Allah, aku sangat mencintai dirinya dan keluarganya.

Tapi seandainya kami tidak di jodohkan untuk bersama, dan dia bukanlah yang terbaik untukku Ya Allah,

Kau tunjukkan lah kebenaranMu agar hati ini akur atas kehilangannya.

Kau jauhkanlah hati - hati kami yang dulunya bersatu atas dasar kasih sayang.

Kau berikanlah kekuatan buat hati - hati kami agar kami redha dengan ketentuanMu Ya Allah.

Jangan Ya Allah, jangan kau jauhkan hati-hati kami dengan perasaan benci dan saling berdendam.

Engkaulah yang Maha Berkuasa memegang hati-hati kami.
Engkau berhak Ya Allah.untuk menjauhkan hati-hati kami kerana Kau Maha Mengetahui yang terbaik buat kami.

Aku mohon Ya Allah. Cekalkan hati ini. lindungilah dia jauh di sana. pertemukanlah dia dengan insan yang lebih baik dari sebelumnya agar dia terpelihara, agar dia bahagia.

Jika dia tidak lagi jodohku dan bukan milikku, kau pertemukanlah aku dengan insan yang boleh membahagiakanku....

AMIN YA RABBAL ALAMIN~~~

Friday, January 17, 2014

Duka insan intimewa

jari terhiris dek pisau, mungkin terlalu dalam sehingga darah keluar membuak seakan tidak mahu berhenti.

Dah dilalukan dengan air, dah dibungkus dengan tisu, masih juga tidak mahu berhenti. Basuh luka, sapu minyak gamat, fuh2 dengan selawat...

Alhamduliilah surut darah yang keluar. Jari tengah yang terasa bisa akibat hirisan pisau tadi, ditampung oleh jari manis dan kelingking. Kurang bisa mungkin kerana ada yang menampung.

Itu kisah jari.

Hati yang terlalu dalam lukanya juga memetik rasa sedih yang tidak terbilang rasa. Air mata sudah berbaldi-baldi mencurah, tapi kesedihan masih dirasa tidak tertara...

Kesat air mata, ambil wuduk, solat sunat dua rakaat, mohon Rabb Kekasih Agung menenangkan sang hamba yang gundah gulana. Zikir, sabar.

Masih untung ada keluarga yang sudi berkongsi duka, masih lega ada kawan yang sudi mendengar cerita berkongsi rasa. Kurang rasa gundah, moga cepat hilang bisa dan luka...

Salam Jumaat, moga masih ada ruang dan peluang untuk menjengah Syurga..