Saturday, January 21, 2012

154

kadang2 rasa mcm nk give up..
lelaki, mmg susah nk predict..
mereka seolah2 berubah fikiran,
setiap kali bangun dari tidur..
mereka buat keputusan melulu,
tanpa berfikir pihak yg lagi satu..
kadangkala niat nya demi kebaikan,
tetapi dek kerana tidak berfikiran jauh,
dan dikepilkan dengan sifat mudah putus asa,
keputusan itu memakan diri dan hati sendiri..


Sunday, December 25, 2011

153

dah sebulan rupanya tak update blog..
macam2 berlaku dlm masa sebulan..
Allah maha berkuasa..
lg 3 hari, aku nk nak menginjak umur 23..
ikut perancangan peribadi,
23 angka aku nak ad hubungan cinta yg stabil..
kita tunggu dan lihat..
ada 365hari untuk aku menyandang Angka 23 dibahu..
masih ad peluang kn?
wait n see..

Monday, November 21, 2011

152

Currently listening to Adele's song

"Best for Last"
"Chasing Pavements"
"Cold Shoulder"
"Crazy for You"
"Daydreamer"
"Don't You Remember"
"First Love"
"He Won't Go"
"Hiding My Heart"
"Hometown Glory"
"I Found a Boy"
"If It Hadn't Been For Love"
"I'll Be Waiting"
"Lovesong"
"Make You Feel My Love"
"Melt My Heart to Stone"
"My Same"
"Need You Now"
"Now and Then"
"One and Only"
"Painting Pictures"
"Right as Rain"
"Rolling in the Deep"
"Rumour Has It"
"Set Fire to the Rain"
"Someone Like You"
"Take It All"
"That’s It, I Quit, I'm Moving On"
"Tired"
"Turning Tables"

Sunday, November 20, 2011

151

tak salah mencintai,
tak salah juga merindui..
tapi mengapa perasaan tu buat aku serba salah?
tak suka la kna fight for love..
sbb menda tu bkn satu pertandingan..
jujur aku tak mahu rasa kehilangan,
tak mahu rasa kesepian,
tapi jujur aku juga mahu dia berada disisi ku..
tapi dia sudah jadi memori silam..
beberapa tahun yang dulu..
yes Mat, aku masih ingin kan kamu..

Thursday, November 10, 2011

150

examination is around the corner
n i?
been busy with my feelings..
I don't know why..
I been so sooo sensitive right now..
blame the break up?
naa.. i don't think so!
coz I'm not sad for breaking up
with the man who not loving me as I am..
whats up in my mind is about my sick mom,
my bank account that nearly kering kontang?
whut?? its only 10/11 thou.. ya I know.. boros!
My trip to Bandung,
My dream plat number with my name n birthday on it..
ape lg?
being trap with my lonely feeling,
lack of motivation..
ntah la.. being jealous of all love birds
that fly in front of my eye..
meluat ok.. sbb aku xde.. boleh?
kdang2 rsa meluat sbb diorng tu sedap2 je buat dosa,
aku? yg nk yg halal ni tak dapat2.. bengang ok..!!
ok I'm so pissed OFF!!

Tuesday, November 1, 2011

149

Kawan2,
pernah tak rasa putus asa dengan diri sendiri?
kadang2 sampai satu tahap,
itu la yang Jai rasa pada diri ni..
Give up dengan diri sendiri..
ye, Allah kn ada..
tp honestly, itu la yang Jai rasa..
can anybody help me? Please..
What should I do?

Friday, October 21, 2011

148: TIPS CINTA SEBELUM KAHWIN

**jom share ilmu skit.. ni jai baca kat FB.. mane la thu, berguna dimasa akan datang.. simpan je kat blog ni untuk panduan dimasa akan datang..

Cinta sebelum perkahwinan adalah cinta yang hadir daripada pergaulan harian dengan individu yang mempunyai kesamaan daripada segi cita rasa, peribadi, minat dan cara hidup. Ada kalanya cinta ini adalah cinta pandang pertama yang hadir secara mendadak, dan ia juga mungkin cinta yang dibina secara berperingkat melalui pertemuan dan pergaulan harian. Cinta sebelum perkahwinan biasanya tidak digalakkan dalam Islam, kerana dikhuatiri akan menjerumuskan pencinta itu ke kancah maksiat dan kelalaian dalam percintaan. Walau bagaimanapun, jika percintaan itu mempunyai matlamat suci, iaitu untuk membawa pencinta itu ke jinjing pelamin dan ikatan yang sah, maka sebagai pencinta yang beriman dan takutkan Allah, mereka haruslah menjaga dan memelihara perkara-perkara berikut:

  1. Menjaga batas-batas pergaulan dengan tidak menyentuh sesama sendiri, tidak membuang masa berjam-jam dengan bertelefon atau berbual-bual, dan tidak menjadikan pergaulan mereka seperti suami isteri yang sudah sah dinikahkan. Mereka harus sedar dan berasa malu kerana mereka masih belum mempunyai sebarang hak ke atas satu sama lain.

  2. Menghormati maruah dan harga diri masing-masing, dalam erti kata lain tidak membenarkan diri berdua-duaan dengan kekasih, kerana orang yang ketiga adalah syaitan. Di samping itu tidak berhias-hias atau menampakkan perhiasan di hadapan kekasih kerana dikhuatiri boleh menaikkan nafsu syahwat kekasih. Sebaik-baiknya sebarang pertemuan hendaklah melibatkan mahram atau ibu bapa yang mengawasi tingkah laku mereka.

  3. Mendapat restu dan kebenaran dari ibu bapa adalah faktor kejayaan dalam percintaan sebelum perkahwinan. Restu daripada ibu bapa memudahkan proses pertunangan dan pernikahan yang akan berlangsung sebagai kelangsungan daripada cinta itu. Ibu bapa harus memainkan peranan dengan memastikan anak-anak tidak melupakan tanggungjawab peribadi dan batasan akhlak dan ajaran agama semasa bercinta.

  4. Berdoa dan menunaikan solat hajat supaya percintaan yang dimiliki akan diredai dan diberkati Allah. Bermohon kepada Allah supaya cinta itu dapat membawa kepada kesempurnaan peribadi dan kesempurnaan agama dengan mendirikan rumah tangga dan memelihara kelangsungan cinta itu.

  5. Sentiasa melakukan solat Istikharah bagi meneguhkan hati supaya orang yang dicintai itu adalah yang terbaik untuk menjadi pasangan hidup sehingga ke akhir hayat. Janganlah mencintai seseorang kerana harta, rupa atau keturunannya, tetapi cintailah dia kerana agama dan kemuliaan akhlaknya. Solat istikharah membantu supaya individu yang bercinta itu tidak menyesal dengan pilihannya dan dia wajiblah menjuruskan percintaannya itu untuk mendirikan rumah tangga yang terpelihara. Sekiranya dia bercinta tanpa niat untuk berumah tangga tetapi sekadar ingin bermain-main dan bersuka ria, maka percintaan itu adalah penipuan dan setiap perbuatan ke arah itu mencetuskan dosa dan kemurkaan Allah.

Setiap perbuatan cinta seperti menyentuh kekasih, bersalaman, berdating, berpelukan dan bercanda adalah dilarang sebelum perkahwinan. Sebagai hamba Allah yang takut kepada kemaksiatan dan kehinaan hidup di dunia, pasangan kekasih hendaklah berasa malu untuk mempamerkan ‘cinta terlarang’ mereka kerana belum lagi diiktiraf oleh perkahwinan yang dituntut oleh syarak. Tetapi sebaliknya, apabila diikat dengan ikatan perkahwinan yang sah, perbuatan-perbuatan itu mendatangkan pahala dengan syarat suami isteri itu berusaha untuk menjaga batasan akhlak dan kesopanan tingkah laku apabila berada di khalayak ramai.