Sunday, September 6, 2015

Pregnancy Journey: 3rd Trimester

3rd trimester, memang banyak aktiviti yang buat mama and abah to-be tak menang tangan. mana tak nye dah masuk 7 bulan anak mama. week 28, pegi scan 4D menyaksikan AkmalJannahJr membesar dengan jayanya. ok tipu kalau aku kata tak stress langsung dek kerana berat turun mendadak sepanjang 1st and 2nd trimester. risau anak dapat nutrisi baik tak? anak serap vitamin yang aku telan selama ni tak? 


As Doctor scan tu cakap, baby sihat. Alhamdulillah. estimated weight 1004gram uolls. beso la jugak ko nak. name tak nye, sejak aku dok muntah2, risau Hb low, risau itu ini, aku telan Spirulina Elken 20 bijik sehari, hah katekooo. Omega3 fish Oils, product herbalife lagi tak tinggal, obimin untuk maintain Hb memang tak tinggal, zink included dlm tu and folic Acid sejak dari 1st trimester pun aku cuba tak tinggal. Semua ni untuk kamu darling anakku.

ya 7/8/15 ade Baby and mom Expo di JB. memandangkan aku dah tahu jantina baby (ok rahsia lagi la sampai lahir) so kami shopping sakan. tengok to side wing aku, Ika partner in crime, kami shopping sakan, ayah budak kena jadi mangsa angkat barang and tukang bayar. Penuh 1 Pesona dgn barang AkmalJannahJr. Husband and I dah sediakan peruntukan siap2, even masa tu bulan raya, al-maklum perbelanjaan mesti la tinggi kan balik kampung lagi, tapi aku nekad nak membeli. stok memang 6 bulan punya. sebab pada aku, dlm pantang, masa baby 1st 6 month tu kami decide nak had kan pergerakan, avoid bawak anak ke tempat yg crowded. TESCO pun kira crowded gak kan. so Abah baby tak perlu pening2 restock barang baby. Settle 1 perkara.

masa week 32, ade sesuatu terjadi. buatkan aku terpaksa buat 4D scan lagi, nyaris Admitted HSI. and benda ni cite lepas deliver nanti la. Alhamdulillah semuanya ok, rezeki nak dapat tengok anak lagi, nah setembam pipi kau nak. insyaallah lebih kurang 6 minggu lagi kite jumpa. at week 32, baby dah double up berat dia, 2085gram kau.. Semoga Allah pelihara kamu didalam rahim mama, dan dilindungi dari segala penyakit dalam dan luar perut. lahir nanti elok2 ye sayang.

semua persediaan untuk menyambut permata hati kami sedang giat dijalankan. ya baju newborn memang aku tak beli langsung. pakai jela baju Ehsan dari maklong baby, tu pun masih belum pakai kau. bedung jela mama tempah pakai kain putih tu, tak berkenan corak2 kartun. barut pun MakChik belah abah dia buatkan. ok tu comel gile! sumpah! nak order boleh la pegi instagram @babyboobyhanaz .alhamdulillah rezeki. mama decide nak pakai set Nona Roguy untuk Berpantang nanti(nanti dah guna aku buat review eh). 

 Misi untuk buat co-sleeper/ baby cot untuk baby pun sedang dijalankan.  Abah baby gigih wo menukang buat tempat beradu anak dia. Bukan kedekut tak mahu beli je baby cot tu. Tapi bilik kami tak muat. Ngam2 lebih space berapa inci je. So custom made la, and nampak skit effort abah baby kan. Hehehee.
Abah baby, ilebiueww ..  Ok now aku dh pun nak masuk week 37. Debaran kian terasa, aku berdebar bila xde rasa sakit langsung. Doa2 la jgn sampai tahap induce. Baby mama, kamu baik2 ye dalam tu. Dh matang je cepat2 kuar.. Mohon doa dr semua,semoga dipermudahkan urusan kami. Andai ade silap dan salah ampunkan dosaku ya..  Ok tu je, sampai jumpa...

No comments: